VLDP libat sama SP Setia, Bursa Malaysia, PTPTN, AKPK dan PetroSains

by YSS Admin / 30 December 2016 / No Comments

AKEPT- YSS terus komited untuk membantu mahasiswa IPT dengan menganjurkan Volunteer Leadership Programme yang  bertemakan celik kewangan dan kesediaan pasaran buat semua Alumni YSS yang merupakan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Program selama 3 hari ini akan disusuli dengan Stratregic Retreat Alumni YSS 2016.

Sepanjang berlangsungnya program VLDP ini, beberapa badan korporat dan agensi kewangan telah terlibat dalam memberikan pendedahan berguna buat semua mahasiswa yang terlibat dalam VLDP ini. Antara yang terlibat ialah, SP Setia, Bursa Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Petrosains.

Program ini bertepatan dengan hasrat YSS untuk melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di persada dunia yang bersifat holistik. Justeru, pendedahan dan pengurusan kewangan yang bijak adalah salah satu intipati yang menepati kehendak. YSS-VLDP 2016 telah memberikan impak yang sangat besar kepada mahasiswa dalam mereka menyediakan diri untuk memenuhi hasrat dan kehendak pasaran apabila mereka telah bergraduasi kelak.

YSS akan terus komited untuk membantu 1.2 juta mahasiswa IPT di Malaysia untuk menuju ke arah itu dan membantu merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) untuk melahirkan Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang.

 

Yayasan Sukarelawan Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi

#soaringupwards #YSS #VLDP

Leave a Reply