Sekitar Majlis Flag-Off Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Ke Miri, Sarawak 2017

by YSS Admin / 12 February 2017 / No Comments

Sempena Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Ke Miri Sarawak yang berlangsung pada 9 hingga 26 Februari 2017. Satu majlis flag-off khas telah diadakan bagi memulakan misi sukarelawan siswa berimpak tinggi ini. Majlis Flag- off ini telah berlangsung pada 10 Februari bertempat di Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya. Majlis Flag-Off ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Turut bersama-sama sewaktu majlis ini adalah YBhg. Datuk Nik Ali B Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, YBrs. Pn Yahurin, Pengarah Politeknik Merto Kuala Lumpur, Dato’ Zuraidah Atan, Pegerusi YSS, dan Prof Madya Dr. Sopian B Bujang Ahli Lembaga Pengarah/Pemegang Amanah YSS.

Leave a Reply