Setinggi-tinggi Tahniah Y.Bhg. Tan Sri Dr Madinah Mohamad, Ketua Audit Negara baharu

by YSS Admin / 22 February 2017 / No Comments

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dengan penuh rasa bangga sukacitanya, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah / Lembaga Pengarah dan seluruh warga Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg Tan Sri Dr Madinah Mohamad. Timbalan Pengerusi 1 Yayasan Sukarelawan Siswa diatas pelantikan beliau sebagai Ketua Audit Negara yang baharu berkuatkuasa 23hb Februari 2017. Beliau adalah mantan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

YBhg. Tan Sri merupakan antara tunjang utama dalam menguatkan YSS serta sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap misi-misi berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh YSS dalam melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di persada dunia. Kami merasa amat bangga dengan pencapaian beliau.

Tahniah Tan Sri!
#YayasanSukarelawanSiswa
#YSS
#YSSProudMoment

Leave a Reply