Tahniah Muhammad Nursyazwan!

by YSS Admin / 27 March 2017 / No Comments

Pada 27 Mac 2017 Alumni YSS Muhammad Nursyazwan Zainudin telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek di Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2017 yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Syazwan saat menerima Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek oleh YB Mary Yap Kain Ching di Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2017

Syazwan saat menerima Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek oleh Timbalan Menteri KPT, YB Datuk Mary Yap Kain Ching di Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2017

Beliau merupakan alumni YSS yang telah ke Misi ‘Green Summer Volunteer Campaign’ ke Nha Be, Long Thoi, Vietnam pada tahun 2014 dan sejurus selepas itu beliau bergiat lebih aktif dalam bidang kesukarelawanan. Beliau juga merupakan antara tunjang utama dalam melahirkan kelab sukarelawan PERSIS UniSZA yang merupakan antara kelab sukarelawan universiti yang aktif. Anak jati Pulau Pinang ini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam jurusan Pengurusan Risiko dan Takaful dan juga sedang memegang tampuk Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2016/2017.

syazwan3

syazwan2

Syazwan membuktikan bahawa menjadi seorang pelajar tidak menjadi halangan untuk beliau untuk mencapai kejayaan dan beliau merupakan antara contoh Pemimpin Sukarelawan yang kita patut ikuti. Oleh itu, tahniah sekali lagi Syazwan. Semoga terus beroleh kejayaan di masa hadapan. YSS bangga dengan anda!

#AlumniYSS_UniSZA
#YSSProudMoment
#SoaringUpwards
#KPT
#YSS

Leave a Reply