Zainudin Ashaari, Pelajar Terbaik Keseluruhan Jurusan Kejuruteraan Politeknik Malaysia 2017

by YSS Admin / 11 April 2017 / No Comments

Ikuti sorotan kisah Alumni YSS Politeknik Melaka, saudara Zainudin Ashaari melakar kejayaan sehingga dinobat Pelajar Terbaik Keseluruhan Politeknik Malaysia Jurusan Kejuruteraan.

#SOARINGUPWARDS #YSS
____________________________________________________________________
10 April 2017: Politeknik Melaka sekali lagi mencatat sejarah dengan kejayaan seorang bekas pelajar bernama MOHAMAD ZAINUDIN BIN ASHAARI yang telah dianugerahkan MySET-MTC Student Excellence Award 2017. Anugerah ini diilhamkan oleh MySET(Malaysian Society of Engineering and Technology) untuk mengiktiraf pelajar terbaik keseluruhan Politeknik Malaysia jurusan kejuruteraan. Selain dari anugerah ini, terdapat juga beberapa anugerah lain untuk mengiktiraf pelajar cemerlang jurusan kejuruteraan dari universiti awam(UA) dan UNIKL. Anugerah ini disampaikan menerusi majlis National Engineering and Technology Convention 2017 dan Myset 10th Annual General Meeting.

Syabas kepada Pengarah Politeknik Melaka, Tuan Haji Abdul Aziz dan juga mantan Pengarah Politeknik Melaka, Puan Hjh Rashidah Mustapa kerana memberi peluang kepada saudara Mohd Zainudin Ashaari untuk aktif dan bidang kesukarelawanan dan bidang bidang yang lain. Tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Melaka, khususnya Tuan Haji Mohd Din (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam) Puan Radziah binti Abd Rahman (Ketua Program JKA), Puan Siti Salbiah binti Ahmad Syariff (Pensyarah dan Pegawai Sukarelawan PMK), Puan Sinatu Sadiah(PA DKA6A) dan Puan Hazriah binti Salleh (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar) kerana bertungkus lumus mencalonkan beliau dalam anugerah ini.

Sesi Jun 2013 merupakan tarikh keramat bagi pelajar bernama Mohamad Zainudin Bin Ashaari ini memulakan langkahnya sebagai pelajar Politeknik Melaka setelah tamat zaman persekolahannya. Anak ke 4 dari 5 orang adik beradik ini berasal Ulu Tiram, Johor Bahru dan membesar disini bersama keluarganya. Mendapat tawaran dalam bidang Kejuruteraan Awam yang merupakan bidang yang diminatinya dari zaman sekolah telah meningkatkan semangat dan iltizam pelajar ini untuk terus maju jaya di masa hadapan. Pelajar yang sememangnya aktif dari zaman persekolahannya lagi telah menerpa langkah untuk terus aktif sepanjang pengajiannya di Politeknik Melaka.

Sepanjang berada di Politeknik Melaka, beliau aktif dalam mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Politeknik Melaka sendiri dan juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh agensi luar seperti Yayasan Sukarelawan Siswa(YSS) dan IM4U. Pada tahun 2015 pelajar ini telah mendapat tempat di kalangan 45 orang mahasiswa Malaysia yang terpilih untuk mengikuti Misi YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign 2015 Vietnam selama sebulan. Untuk pengetahuan semua, seramai lebih dari 1000 orang mahasiswa seluruh Malaysia yang hadir ke temuduga untuk ke misi sukarelawan itu. Seramai 4 orang pelajar politeknik Malaysia yang terpilih untuk ke misi itu dan 2 dari mereka merupakan pelajar Politeknik Melaka iaitu Mohamad Zainudin dan Mohd Norikmal.

Misi sukarelawan ini merupakan titik permulaan buat Zainudin bergiat dalam aktiviti diperingkat antarabangsa sebelum menerima beberapa tawaran untuk ke Laos dan Sabah pada tahun 2016 yang dianjurkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa. Objektif misi ini adalah untuk melahirkan Pemimpin Mahasiawa diperingkat Global selain dari meningkatkan lagi kemahiran insaniah pelajar itu sendiri dan membantu masyarakat dunia yang memerlukan. Pada tahun yang sama, pelajar ini sekali lagi telah terpilih untuk mengikuti Misi Sukarelawan yang dianjurkan oleh Kementrian Belia dan Sukan di bawah program Mycorps selama 3 bulan di Cambodia. Sepanjang tahun 2016, pelajar ini telah menghabiskan masanya selama hampir 6 bulan untuk berbakti kepada masyarakat dunia.

Walapun bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti, Saudara Mohamad Zainudin tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai pelajar. Ini terbukti kerana pelajar ini telah menerima Anugerah Ketua Jabatan(CGPA 3.5 KE ATAS) setiap semester sepanjang berada di Politeknik Melaka. Pada sesi Jun 2015 beliau telah di anugerahkan Tokoh Sukarelawan Politeknik Melaka pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik Melaka. Semasa berada di tahun akhir di Politeknik Melaka, pelajar ini telah merangkul juara keseluruhan Projek Tahun Akhir Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka dengan Produk DwiFunction Chair. Beliau juga telah mewakili Politeknik Melaka ke Pertandingan Innovasi Diperingkat Kebangsaan (Icompex 2015) dengan membawa projek Varotab dan memperoleh pingat Emas.

Saudara Zainudin juga aktif dalam bidang sukan kerana pernah mewakili Politeknik Melaka ke Sukan IPT MALAYSIA (SUKIPT) dalam acara petanque pada tahun 2014. Pada tahun 2013 dan 2015, pelajar ini telah mengikuti Kejohanan Petanque Piala KSU yang dianjurkan oleh Koleh Komuniti Malaysia selain mengikuti Kejohanan Petangue MSP pada tahun yang sama. Saudara Zainudin menamatkan pengajian Diploma di Politeknik Melaka(CGPA 3.74) pada bulan April 2016 sebelum menyambung pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada September 2016(CPA-3.86).

Keaktifan saudara Zainudin di Politeknik Melaka tidak terhenti di situ sahaja, ini kerana pada semester pertama beliau telah diberi mandat untuk menjadi Pengarah program UTHM CARE yang berlangsung di Perkampungan orang Asli di Bekoh, Tangkak Johor. Pelajar ini juga telah terpilih untuk menjadi Duta Anak-Anak Johor(Duta Jauhar) program ini diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar Johor iaitu Dato Seri Mohd Khaled bin Nordin. Selain itu, saudara Zainudin juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan sendiri oleh UTHM dan pihak luar seperti YSS dan MYCORPS. Pada April 2017, pelajar ini terpilih untuk menyertai Program Transformasi Minda Nilai dan Fikial yang dianjurkan oleh MAKLUM di Pulau Bidong Terengganu bersama pemimpim pemimpin mahasiswa dari seluruh UA Malaysia.
#SOARINGUPWARDS #HEBAT

oleh: Reni Suriani Binti Hashim
Sumber: http://www.polimelaka.edu.my/portalpmk/index.php/en/1017-myset-mtc-student-excellence-award-2017-untuk-mohamad-zainudin-ashaari-alumni-pmk

Leave a Reply