Projek Sukarelawan Siswa YSS Ke Perkampungan Orang Asli 2017

by YSS Admin / 26 April 2017 / No Comments

         -Sukarelawan YSS Selami kehidupan Komuniti Orang Asli-

PROJEK SUKARELAWAN SISWA YSS KE KAMPUNG ORANG ASLI 2017 (1)-Recovered

 

Putrajaya – Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan menganjurkan  Projek Sukarelawan Siswa YSS di dua penempatan Orang Asli di Selangor bermula Jumaat ini.  Projek tiga hari itu akan dijalankan serentak di Kampung Bukit Tadom Kuala Langat dan Kampung Sungai Melut di Dengkil. Projek yang  dirangka dan dijalankan oleh Alumni YSS itu selari dengan hasrat YSS untuk melahirkan pemimpin sukarelawan di persada dunia.  Projek ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti Orang Asli berkenaan tetapi juga sukarelawan siswa yang merangka aktiviti untuk pembangunan penduduk di dua kampung itu. YSS adalah entiti milik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pengerusi YSS, Dato’ Zuraidah Atan yakin projek itu akan memberi pendedahan kepada sukarelawan siswa mengenai kehidupan dan budaya masyarakat Orang Asli. Beliau berharap ia akan membuka minda siswa berkenaan dan berazam untuk terus memberi khidmat sukarelawan kepada komuniti Orang Asli.

WhatsApp Image 2017-04-21 at 4.32.27 PM

  WhatsApp Image 2017-04-21 at 4.20.04 PM (1)WhatsApp Image 2017-04-21 at 4.20.00 PM

Majlis perasmian telah diadakan serentak di kedua-dua buah kampung pada 20 April 2017. Majlis Perasmian di Kampung Orang Asli Bukit Tadom telah dihadiri  dan dirasmikan oleh Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Bersama-sama dalam majlis ini adalah Dato’ Rozilah Haji Abdullah, Pengarah Urusan Orion Ventures Sdn Bhd. Dato’ Rozilah telah menyumbang buku-buku bagi kegunaan pelajar di kampung orang asli tersebut.

WhatsApp Image 2017-04-21 at 4.33.25 PM

Manakala Majlis Perasmian di Kampung Orang Asli Sungai Melut pula telah dihadiri dan dirasmikan oleh Tan Sri Alimuddin Md Dom, Ahli Lembaga Pemegang Amanah/Lembaga Pengarah YSS. Bersama -sama di majlis ini adalah Puan Sri (Dato’) Norsiah Musa, Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (Putrajaya). Puan Sri (Dato’) Norsiah telah sudi menyampaikan sumbangan berupa 31 kampit beras 10 kilogram dari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (Putrajaya) kepada penduduk dan Sukarelawan Siswa.

17990301_1901651640116561_1477600971316380030_o

Dalam projek itu, sukarelawan siswa YSS akan menjalankan pelbagai aktiviti antaranya ‘Mini Karnival Fun Learning’ memfokuskan aktiviti pembelajaran yang lebih santai dan menarik perhatian pelajar sekolah. Sukarelawan siswa juga memfokuskan pendidikan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM). Selain itu, sukarelawan siswa YSS akan menjalankan kempen kesedaran kesihatan dan pemeriksaan gigi percuma yang melibatkan Kementerian Kesihatan dan komuniti setempat.  Sukarelawan  siswa YSS akan menjalankan program Bicara Siswa bagi memberi pendedahan kepada masyarakat Orang Asli mengenai peluang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi.

Projek Sukarelawan di perkampungan Orang Asli ini turut melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Penglibatan agensi kerajaan ini adalah salah satu inisiatif YSS dalam menyokong langkah bersepadu kerajaan melalui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melaksanakan perkongsian pintar merentasi Agensi dan Kementerian sebagi pelengkap Dasar Transformasi Nasional yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan Negara.

WhatsApp Image 2017-04-21 at 8.54.30 PM

WhatsApp Image 2017-04-21 at 9.24.47 PM

WhatsApp Image 2017-04-21 at 8.52.10 PM

WhatsApp Image 2017-04-22 at 6.12.40 PM

WhatsApp Image 2017-04-22 at 6.12.56 PM

WhatsApp Image 2017-04-21 at 4.33.41 PM

WhatsApp Image 2017-04-24 at 7.00.02 PM WhatsApp Image 2017-04-24 at 7.01.47 PM WhatsApp Image 2017-04-24 at 8.11.10 PM WhatsApp Image 2017-04-25 at 10.15.03 AM

Leave a Reply