Projek YSS-SBJK Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

by YSS Admin / 28 April 2017 / No Comments

Kuala Lumpur- Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), komited menyumbang tenaga sukarelawan di dalam Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK). Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Dr. Jafri Bin Abu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Sepanjang Kejohanan ini pelbagai acara telah berlangsung antaranya acara balapan 50 meter, 100 meter,  200 meter, 4×50 meter,  4×100 meter,  4×200 meter serta sukaneka bagi kanak-kanak pra-sekolah. Terdahulu, pagi tadi diadakan perbarisan rumah sukan. Penganjuran kejohanan ini juga mendapat kerjasama daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan TESCO. Kejohanan ini juga pastinya memberi makna dan pengalaman yang berharga bagi anak-anak SBJK yang pertama kalinya menjejaki stadium balapan sekaligus turut memberi pengalaman & impak yang besar kepada Alumni YSS selari dengan hasrat YSS untuk melahirkan pemimpin sukarelawan di persada dunia.

Kesempatan ini juga Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS),entiti milik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), turut mengambil kesempatan memberi sokongan penuh bagi mempromosikan Sukan Sea Kali Ke-29, Kuala Lumpur 2017 kerana SBJK juga merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih di seluruh Malaysia bagi jelajah Promosi Sukan Sea Kali 29, Kuala Lumpur, 2017.

#SoaringUpwards #YayasanSukarelawanSiswa #AlumniYSS #ProjekYSS-SBJK #BangkitBersama #Seagame2017 #KLSukanSea17

 

 

Leave a Reply