YSS – SBJK Tuition Mission #2

by YSS Admin / 03 May 2017 / No Comments

Hari ini telah berlangsungnya kelas kedua YSS -SBJK Tuition Mission dari jam 11 pagi hingga 1 petang yang berfokuskan kepada pengajaran subjek Bahasa Melayu dan Sejarah kepada calon SPM Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).

18199284_1907680719513653_3231673665473502035_n

Sukarelawan siswa, Fazirah, mendedahkan mengenai Bahasa Melayu SPM Kertas 2: Rumusan kepada murid-murid.

Kelas kedua pada hari ini mendedahkan murid dengan cara menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2: Rumusan. Murid telah didedahkan dengan teknik menjawab bagi memudahkan mereka untuk memahami dan mempraktikkan cara jawab soalan yang betul.

Lima orang murid dari sebelas orang calon SPM telah hadir ke kelas hari ini. Selebihnya menghadiri program dan akan didedahkan dengan teknik menjawab pada kelas seterusnya.

Para sukarelawan siswa mengajar menggunakan pendekatan satu sukarelawan satu murid.

Para sukarelawan siswa mengajar menggunakan pendekatan satu sukarelawan satu murid.

Penerimaan murid-murid terhadap pengajaran sukarelawan siswa adalah sangat menggalakkan dan sangat baik. Tambahan pula, sukarelawan siswa menggunakan pendekatan satu sukarelawan satu murid, pengajaran tersebut menjadi lebih mudah. Murid yang kurang faham akan pengajaran ketika penerangan di hadapan kelas, akan mendapat bimbingan sukarelawan dengan secara terus. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk bersuara dan melontarkan pendapat, juga memahami pengajaran dengan cepat dan lebih mengikut rentak penerimaan murid-murid itu sendiri.

Sukarelawan yang terlibat terdiri daripada alumni Yayasan Sukarelawan Siswa iaitu:

1. Mohamad Fuad Bin Abd Wahab, Alumni YSS UPM
2. Nor Elina Bt Che Hashim, Alumni YSS UPM
3. Nor Izwan Bin Azmi, Alumni YSS UNIKL MIAT
4. Nur Hayati Binti Mualim, Alumni YSS PSIS
5. Nurul Fazirah Bt Md Naser, Intern YSS
6. Zulasri Bin Rosdi, Staff YSS
7. Mc Lly Adrian Simon, Staff YSS

Sukarelawan siswa bergambar kenangan bersama murid-murid yang hadir pada kelas kedua YSS-SBJK Tuition Mission.

Sukarelawan siswa bergambar kenangan bersama murid-murid yang hadir pada kelas kedua YSS-SBJK Tuition Mission.

Semoga usaha kecil ini diberkati Tuhan dan memberi impak kepada murid SBJK sekaligus berjaya memperlengkap dan menyiapsiaga murid – murid ini untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang. Kelas seterusnya akan diadakan pada minggu hadapan dan pendekatan yang serupa akan digunakan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Semoga maju jaya!

 

Leave a Reply