Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa Siri 1 2017 – Zon Sabah

by YSS Admin / 03 May 2017 / No Comments

KOTA KINABALU – Sebanyak 69 orang mahasiswa telah hadir ke Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa Siri 1 2017, Zon Sabah semalam. Mahasiswa yang hadir terdiri dari mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Almacrest International College dan Asia Metropolitan College KK.

Sesi pemilihan yang telah berlangsung dari jam 9.00 pagi semalam, berakhir pada jam 8.00 malam bertempat di Bangunan Anjung Siswa, UMS. Kehadiran begitu ramai mahasiswa ternyata menjadikan persaingan begitu sengit bagi merebut tempat untuk menyertai misi sukarelawan YSS pada tahun ini.

Sesi pemilihan sukarelawan siswa seterusnya akan diadakan pula di Zon Srawak esok, 04 Mei 2017 bertempat di Pejabat TNC Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Terima kasih dan selamat maju jaya kepada yang telah menghadiri dan bakal menghadiri sesi pemilihan sukarelawan siswa pada kali ini.

18199069_1907695029512222_17130894408810536_n

Mahasiswa di dalam sesi temuduga bersama panel, En Runiy Maldud.

 

18301091_1907694996178892_1145897047514335157_n

Mahasiswa di dalam sesi temuduga bersama panel, En Wan Ahmad Hazman.

Leave a Reply