Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa Siri 1 2017: Zon Sarawak

by YSS Admin / 05 May 2017 / No Comments

KOTA SAMARAHAN – Seramai 46 orang mahasiswa sekitar Sarawak telah menghadiri sesi pemilihan yang telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Sesi pemilihan yang diadakan kira-kira jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang itu sekaligus menandakan berakhirnya sesi pemilihan sukarelawan siswa bagi zon Sabah dan Sarawak. Sekalung penghargaan kepada alumni-alumni YSS sekitar Sabah dan Sarawak yang telah datang membantu bagi melancarkan proses temuduga.

Bagi yang telah menghadiri sesi pemilihan tersebut, selamat maju jaya diucapkan. Sesi pemilihan siswa bagi zon Semenanjung akan bermula pada Sabtu (6 Mei ) sehingga (7 Mei) di Kementerian Pendidikan Tinggi. Jumpa anda pula di sana!

Sesi temeduga bersama panel, En Zulasri dan Cik Asmah Kadir.

Sesi temuduga bersama panel, En Zulasri dan Cik Asmah Kadir.

 

Sesi temuduga bersama panel Prof Mohd Fadzil Abd Rahman, TNC HEPA UNIMAS merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah / Pengarah YSS.

Sesi temuduga bersama panel Prof Mohd Fadzil Abd Rahman, TNC HEPA UNIMAS merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah / Pengarah YSS.

 

Alumni YSS sekitar Sarawak yang turut hadir bagi membantu melancarkan proses temuduga.

Alumni YSS sekitar Sarawak yang turut hadir bagi membantu melancarkan proses temuduga.

Leave a Reply