Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa Siri 1 2017: Zon Semenanjung

by YSS Admin / 08 May 2017 / No Comments

PUTRAJAYA – Ratusan mahasiswa telah hadir bagi kedua-dua sesi pemilihan sukarelawan siswa untuk Zon Semenanjung pada kali ini. Kedua-dua hari penuh dengan mahasiswa yang berpotensi tinggi dan bersemangat waja dalam bidang kesukarelawanan juga kepimpinan.

Terdapat beberapa mahasiswa yang hadir untuk kesekian kalinya biarpun gagal di sesi lepas menunjukkan kesungguhan dan kegigihan mahasiswa-mahasiswa ini untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kesukarelawanan di bawah payung Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

“Saya berpendapat bahawa dengan menyertai YSS, saya akan dapat mempelajari pendekatan dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan berimpak tinggi. Dengan pengalaman yang bakal diperoleh, saya akan mengaplikasikannya dalam menjalankan projek sendiri di kampus,” kata seorang mahasiswa dari Universiti Sains Malaysia ketika ditembual.

Ternyata, Malaysia masih tidak kurang dengan mahasiswa yang bersemangat tinggi serta mempunyai minat yang tinggi untuk berbakti kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

Terima kasih dan tahniah di atas komitmen semua mahasiswa yang hadir bagi sesi pemilihan siswa pada kali ini.

Leave a Reply