YSS – SBJK Tuition Mission #3

by YSS Admin / 12 May 2017 / No Comments

Kelas ketiga bersama calon SPM dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) telah berjaya dilangsungkan semalam dengan sambutan kehadiran seramai enam orang murid. Pengajaran pada kelas ketiga ini diteruskan dengan subjek Bahasa Melayu Kertas 2: Rumusan.

Kelas dimulakan dengan ulangkaji bagi membawa semula ingatan murid-murid ini tentang apa yang dibincangkan pada kelas lalu. Ternyata murid-murid ini menunjukkan potensi dan kesungguhan yang tinggi apabila hampir kesemua mereka masih mengingati apa yang dipelajari.

Sukarelawan Hayati (kiri) dan Sukarelawan Razif (kanan) sedang tekun membimbing murid SBJK.

Alumni YSS PSA, Hayati (kiri) dan Alumni YSS Kolej Komuniti Kuala Langat, Razif (kanan) sedang tekun membimbing murid SBJK.

 

Sukarelawan Fazirah sedang membimbing murid SBJK dengan penuh semangat.

Alumni YSS UMP, Fazirah, sedang menerangkan cara-cara mencari isi-isi penting dalam karangan.

 

Sukarelawan Sayyidah, sedang menerangkan mengenai isi-isi penting rumusan kepada murid SBJK.

Alumni YSS UNiKL, Sayyidah, sedang menerangkan mengenai isi-isi penting rumusan kepada murid SBJK.

 

Staf YSS, juga Alumni YSS UPSI, Adrian, sedang aktif bertanyakan soalan kepada murid-murid.

Staf YSS, juga Alumni YSS UPSI, Adrian, sedang aktif bertanyakan soalan kepada murid-murid.

 

Alumni YSS UPM, Fuad, sedang bersemangat mengajar seluruh kelas.

Alumni YSS UPM, Fuad, sedang bersemangat mengajar seluruh kelas.

Respons yang baik dapat dilihat daripada murid-murid apabila mereka begitu bersemangat menjawab soalan yang diajukan, membuat latihan yang diberi sendiri, mengingati apa yang dipelajari dan begitu proaktif. Semoga kelas pada minggu hadapan berjalan lancar dan semakin memberi impak kepada murid-murid ini.

Selamat Maju Jaya!

Leave a Reply