Alumni YSS UMS, UKM dan UPSI Menang Anugerah

by YSS Admin / 25 May 2017 / No Comments

Pencapaian alumni Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) adalah perkara yang sangat membanggakan bagi YSS. Pencapaian mereka menunjukkan prestasi dan perkembangan mereka selepas menjadi alumni setelah melalui misi sukarelawan berimpak tinggi juga melatih diri di bawah YSS yang berfungsi sebagai “training ground”. Oleh itu, pencapaian mereka yang kecil mahupun besar, di dalam mahupun di luar negara, dalam bidang kesukarelawanan, kokurikulum mahupun akademik, wajar diketengahkan bagi mewujudkan “profiling” alumni YSS sebagai pemimpin sukarelawan.


#Alumni YSS_UMS, menang besar di Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar & Alumni (MAHEPA)

1. Anugerah Pemimpin Mahasiswa: Afi Haziq bin Sapili, Misi Sukarelawan Siswa YSS – ASEAN ke Miri, Sarawak 2016

Saudara Afi (tengah), bersama hadiah kemenangan.

Saudara Afi (tengah), bersama hadiah kemenangan.

2. Anugerah Pemimpin Kesukarelawanan: Muhammad Ezyree bin Jakaria, Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign Vietnam 2016

18670757_1564940836884249_863535809402659261_n
3. Anugerah Pasukan Kumpulan Kesukarelawanan: Kelab Sukarelawan Siswa UMS (KESUWA) dianggotai oleh #AlumniYSS_UMS

  • Azizul Adzim (Presiden)
  • Nurhidaya Syamsuddin (Timbalan Presiden)
  • Zulaika Ahmad (Timbalan Setiausaha)
  • Glenn Mouren (Bendahari)
  • Jusman Ali
  • Nuradilah Ismail
  • Afi Haziq Sapili
  • Lim Way Yang
  • Liew
  • Amier Irsyad
  • Ezyree Jakaria
  • Muhammad Firdaus Syarifuddin
  • Mohd Johari
  • Thivyaah a/p Kumaran

    WhatsApp Image 2017-05-27 at 11.40.48 AM

Tahniah diucapkan kepada semua #AlumniYSS_UMS yang telah memenangi anugerah.

#AlumniYSS_UKM, Izzat, menang Anugerah EXCO Terbaik FSSK UKM

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Saudara Muhammad Izzat bin Ebrahim, #AlumniYSS_UKM yang telah memenangi Anugerah EXCO Terbaik Sesi 2016/2017 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Saudara Muhammad Izzat merupakan alumni dari Misi Sukarelawan YSS – ASEAN ke Miri, Sarawak 2017 dan menyandang jawatan sebagai EXCO Kebajikan dan Kesukarelawanan bagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Muhammad Izzat Ebrahim (tengah) bersama rakan EXCO bergambar bersama sijil kemenangan.

Muhammad Izzat Ebrahim (tengah) bersama rakan EXCO bergambar bersama sijil kemenangan.

#AlumniYSS_UPSI, Ruban dan Hasviniy menang Anugerah sempena Vetriyar Viruthu UPSI

Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula, bersempena dengan Anugerah Kecemerlangan “Vetriyar Viruthu” iaitu Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa India anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, dua orang #AlumniYSS_UPSI masing-masing merangkul satu anugerah.

Ruban (kiri) dan Hasviniy (kanan) bergambar bersama trofi kemenangan.

Ruban (kiri) dan Hasviniy (kanan) bergambar bersama trofi kemenangan.

Syabas dan tahniah turut diucapkan kepada Saudara Ruban a/l Jayemaran, Pemenang Anugerah Pencapaian Kokurikulum Terbaik dan Saudari Hasviniy a/p Padmanathan, Pemenang Anugerah Sukarelawan Terbaik.

Kedua-dua mereka merupakan Alumni YSS dari Misi Sukarelawan Siswa YSS – ASEAN ke Miri, Sarawak 2017.

Semoga pencapaian ini akan menjadi titik permulaan bagi mereka berempat untuk mengorak langkah sebagai pemimpin sukarelawan yang berimpak tinggi.

Tahniah!

Leave a Reply