RUMAH PANJANG SILIVER GARIK, BATU LINTANG, UNDOP, SRI AMAN, SARAWAK HANGUS TERBAKAR

by YSS Admin / 30 June 2017 / No Comments

Pihak Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) kini sedang mengadakan #DermaKilatYSS bagi membantu para penghuni yang terlibat dalam kejadian kebakaran Rumah Siliver anak Garit, Kampung Kenyungan, Batu Lintang Undop, 95000, Sri Aman, Sarawak pada 29 Jun 2017 (Khamis).

Rumah Panjang ini juga merupakan kediaman keluarga salah seorang AlumniYSS_UniKLRCMP iaitu Saudara Leo Mixsbobic Bin Edwin yang kini menuntut di UNIKL Royal College of Medicine Perak di dalam jurusan Diploma Kejururawatan (Tahun 1).WhatsApp Image 2017-06-30 at 9.03.13 PM WhatsApp Image 2017-06-30 at 9.03.14 PM WhatsApp Image 2017-06-30 at 9.03.15 PM (1) WhatsApp Image 2017-06-30 at 9.03.15 PM
WhatsApp Image 2017-06-30 at 9.03.17 PM
WhatsApp Image 2017-06-30 at 9.03.33 PM

YSS difahamkan kebakaran berpunca daripada litar pintas daripada salah sebuah bilik di Rumah Panjang dan api merebak ke seluruh Rumah Panjang.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 3.30 pagi. YSS difahamkan api disedari oleh salah seorang penduduk yang bermula daripada Tingkat 2 rumah salah seorang penduduk Rumah Panjang. Kemudian, beliau terus melaporkan kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Sarawak pada jam 11.32malam.

Penghuni Rumah Panjang ini terdiri daripada 30 keluarga – 71 orang dewasa (31 orang lelaki dan 40 orang wanita) dan 32 orang kanak- kanak (15 orang lelaki dan 17 orang perempuan).

Penempatan sementara para penghuni kini ialah tinggal di khemah yang disediakan oleh pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Sri Aman, Sarawak di hadapan tapak rumah yang terbakar.

Keperluan:
1) Makanan
2) Bekalan air mineral
3) Baju dan seluar
4) sumbangan duit

Justeru itu, pihak YSS memohon jasa baik dan keprihatinan daripada pelbagai pihak untuk menyalurkan sumbangan berbentuk wang bagi membantu para penghuni ini melalui akaun Bank Maybank – Yayasan Sukarelawan Siswa (5660 1055 5954)

Segala sumbangan dan keprihatinan daripada pihak anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Semoga usaha diberkati.

#YayasanSukarelawanSiswa
#KementerianPendidikanTinggi

Leave a Reply