YBM Dato Seri Idris Jusoh Sempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Bendera Misi YSS ke Sabah 2017

by YSS Admin / 08 July 2017 / No Comments

7 Julai, Putrajaya – Bersempena dengan penganjuran Misi Sukarelawan Siswa YSS-Antarabangsa ke Beaufort, Sipitang dan Nabawan, Sabah 2017, sebuah majlis simbolik penyerahan bendera telah diadakan di lobi KPT lewat tengah hari semalam.

85 Sukarelawan Siswa yang datang dari Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (US), Kolej Komuniti, Politeknik, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta dua orang Sukarelawan Siswa yang datang dari Singapura, dua orang Sukarelawan Siswa dari Indonesia dan seorang Sukarelawan Siswa dari Sudan merupakan antara siswa bertuah yang telah terpilih mewakili institusi masing-masing untuk misi ini.

19875593_1943766132571778_4980629192030900845_n

“Selari dengan Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dalam melahirkan graduan holistik, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan oleh YSS dilihat mampu melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di peringkat global”, ujar beliau ketika ditemubual.

19904890_1943766129238445_63083189268051708_n

Misi Sukarelawan Siswa YSS-Antarabangsa ke Beaufort, Sipitang dan Nabawan, Sabah 2017 akan bermula sebaik sahaja slot terakhir Pre-Departure Training yang akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah selesai. Pada tanggal 9 Julai 2017, kesemua Sukarelawan Siswa akan berangkat masing-masing ke enam buah kampung iaitu; Kampung Kelangsat dan Kampung Solob di daerah Sipitang, Kampung Kuala Salong dan Kampung Salarom Taka di daerah Nabawan serta Kampung Saliwangan dan Kampung Bambangan di daerah Beaufort.

 

Leave a Reply