[SIRI TEMUBUAL ALUMNI YSS: Edisi Merdeka] TAI YONG KEONG

by YSS Admin / 29 August 2017 / No Comments

Berikut merupakan sebuah sesi temubual yang dijalankan bersama Saudara Adgesson Tai, #YSSAlumni_UNIMAS. Ikuti sesi temubual ini:

1) Selamat Sejahtera, Tai. Tahniah di atas pentauliahan anda sebagai Inspektor Sukarelawan Polis pada Majlis Tamat Latihan & Pentauliahan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam 2017. Sebelum saya memulakan sesi ini, boleh anda memperkenalkan diri sedikit?

Terima kasih, Cik Fazirah. Salam NegaraKu, saya Tai Yong Keong, Alumni YSS UNIMAS. Kini saya menjalani latihan industri (praktikal) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor sebelum tamat pengajian sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial – Politik dan Pemerintahan pada bulan November ini. Untuk makluman, GSVC 2016 merupakan misi yang pernah saya sertai bersama YSS. 20hb Ogos yang lalu, saya telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Suksis (Sukarelawan Polis) dan dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan pada Majlis Tamat Latihan dan Perlantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam 2017 di UUM, Sintok, Kedah.

2) Boleh kongsikan bagaimana penglibatan anda di dalam YSS telah membina kapasiti anda sendiri sebagai individu?

Syukur dan terima kasih kepada YSS kerana menjadi salah satu organisasi yang menstruktur diri saya yang sekarang. Lima minggu berkampung di Long Thoi, Nha Be, Vietnam dibawah Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign 2016 Vietnam membolehkan saya mengenalpasti kelemahan-kelemahan diri saya. Sebelum menyertai YSS, dunia kesukarelawan yang berpandukan garis panduan kehendak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mempunyai jalinan kerjasama bersama organisasi kesukarelawan lain di pentas antarabangsa seperti YSS, adalah sangat asing bagi pihak saya. “Great thought are conceived while walking” – Friedrich Nietzsche, YSS telah membuka landasan baharu kepada saya untuk meneroka pengalaman yang baru di dunia kesukarelawan. Tambahan pula, dasar pembinaan kapasiti (Capacity Building) YSS yang menekankan pembangunan potensi individu membantu saya berpikir lebih menyeluruh dan matang.

3) Menarik. Bagaimana pula penglibatan bersama YSS telah membantu anda untuk terus menempa nama sekaligus terus #SoaringUpwards selaras dengan slogan KPT?

YSS mempunyai struktur tersendiri. YSS dipimpin oleh barisan kepimpinan yang sangat berpengalaman dan prihatin. Mereka juga sentiasa mencurahkan hasil dapatan mereka tersendiri dan berkongsi kepada alumni-alumni. Persekitaran yang sihat dan dinamik inilah merupakan salah satu faktor pendorongan bagi kejayaan saya dan juga menjadi motivasi kepada saya untuk terus #SoaringUpwards. Pergaulan antara alumni yang terpilih seluruh Malaysia juga dapat manfaatkan untuk mempraktikkan kemahiran sosial dan pengurusan terutamanya semasa misi berlangsung.

4) Sebagai seorang ikon yang wajar dicontohi rakan belia, apa pesanan anda kepada rakan rakan sebaya?

When challenge approach you, take it as a opportunity; when good things come to you, be careful of it. Mix around with all strata of people, be the centre of joy among them. Be glad what you get and no matter what, family come first.

5) Terima kasih, Tai. Sebagai penutup sesi ini, sampaikan Salam Merdeka anda kepada Malaysia sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 tahun ini.

Salam Hari Merdeka! Semoga Tuhan kekalkan kesejahteraan dan kedaulatan Malaysia!

Leave a Reply