[SIRI TEMUBUAL ALUMNI YSS: Edisi Merdeka] Sri Balasubramaniam

by YSS Admin / 29 August 2017 / No Comments

Berikut merupakan sesi temubual bersama Sri Balasubramian a/l Subramaniyam, Alumni YSS Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign, Vietnam 2015 dan kini merupakan Felo Perdana di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga siswa Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioteknologi) dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ikuti perkongsian beliau!

1) Selamat Sejahtera, Bala. Boleh anda kenalkan diri sedikit?

Hai. Saya, Sri Balasubramaniyam Subramaniam, Alumni YSS UPM / Alumni YSS Politeknik Nilai. Asal dari Bandar Diraja Klang.

2) Baiklah Bala. Ceritakan sedikit bagaiman penglibatan anda di dalam YSS telah membentuk kapasiti diri.

Penglibatan dalam YSS telah membantu saya untuk membina satu identiti tersendiri dan unggul bermula saat pertama bersama YSS sehingga kini sebagai seorang Alumni YSS. Apabila sebut sahaja Bala, orang akan tahu dia merupakan Sukarelawan YSS. Saya juga akui, pengaruh YSS mengubah personaliti saya. Penglibatan saya dalam YSS membantu meningkatkan keyakinan diri saya daripada segi pergaulan, penglibatan, peradaban dan terutamanya pembawakan diri di hadapan khalayak ramai. Bukan senang untuk mempengaruhi orang lain tetapi dengan pendedahan yang saya perolehi di YSS, saya berjaya membawa pembaharuan dalam semua perkara yang saya lakukan. Ini merupakan satu bukti, pembangunan modal insan yang sempurna selaras dengan Teras 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) iaitu Melahirkan Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang.

3) Wah, bagaimana pula penglibatan tersebut membantu anda untuk #SoaringUpwards?

Disebabkan penglibatan aktif bersama YSS, saya telah menerima Anugerah Pengarah Politeknik sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Nilai 2017 baru-baru ini. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang berprestij bagi para pelajar Politeknik Malaysia dan penglibatan saya sebagai alumni YSS membantu meningkatkan potensi saya. Ini juga membuktikan bahawa para pelajar Politeknik sentiasa #SoaringUpwards. Selain itu, keupayaan saya untuk mewakili Malaysia dalam Southeast Asia Youth for Human Rights International Conference yang berlangsung di India pada tahun lalu hanya boleh dilakukan dengan pendedahan diri yang dipelajari di YSS.

4) Berketepatan dengan penglibatan aktif anda sebagai Felo Perdana kini, apakah yang anda ingin nasihatkan kepada rakan-rakan belia?

Sebagai belia, rebutlah peluang yang sedia ada di negara tanah air tercinta kita. Marilah bersama-sama kita menjana idea-idea yang bernas dan releven agar kita menjadi penunjang kecemerlangan #Negaraku Malaysia. Bangkit bersama agar kita sentiasa memajukan diri sendiri dan negara. Hasrat kerajaan untuk mencipta Progresif Malaysia bukan lagi tanggungjawab orang tua tetapi tanggungjawab kita sebagai belia harus berganding baju untuk merealisasikannya untuk diri sendiri dan anak-anak harapan bangsa kita. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin supaya hidup kita sentiasa cerah menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50).

5) Terima kasih, Bala di atas perkongsian yang cukup menarik tersebut. Sebagai pengakhiran temubual ini, silakan dengan Ucapan Hari Merdeka anda sempena Sambutan Kemerdekaan ke-60 Malaysia tahun ini.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Yang ke 60. Tahniah Negaraku Malaysia. Kita rakyat Malaysia berbilang kaum bersama hidup sehati sejiwa demi Malaysiaku tercinta.

#AlumniYSS_UPM
#YayasanSukarelawanSiswa
#SehatiSejiwa

Leave a Reply