SAMBUTAN HARI UNESCO MALAYSIA 2017 (HUM)

by YSS Admin / 11 September 2017 / No Comments

KUNDASANG, Ahad – 9 orang Alumni Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Universiti Malaysia Sabah bersama-sama dengan tiga orang #YSSDreamTeam telah menggembleng tenaga bagi menjayakan “booth” pameran YSS bersempena dengan Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2017.

Sambutan yang dianjurkan setiap tahun oleh Suruhanjaya UNESCO Malaysia ini meriah dibanjiri pelawat dari pagi hingga ke petang. Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang dua hari acara.

“Booth” pameran YSS sendiri mempamerkan inisatif YSS yang menyokong United Nations Sustainable Development Goals dan Sukarelawan Siswa masing-masing gigih menerangkan berkenaan 17 Sustainable Development Goals kepada orang awam. Permainan ringkas juga diadakan bagi menguji kefahaman pelawat awam mengenai Sustainable Development Goals.

“Booth” pameran YSS juga turut dikunjungi oleh Pengurusan Tertinggi KPT; antaranya Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi YB Datuk Dr Mary Yap Kain Ching dan YBhg Tan Sri Dr Noorul Ainur, Ketua Setiausaha KPT. Selain itu, YSS juga turut menerima kunjungan daripada Pengurusan Tertinggi KPM, YBhg Tan Sri Dr Khair, Ketua Setiausaha KPM serta YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan Negeri Sabah.

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, lokasi acara yang bertempat di Sabah Park, Kundasang menjadikan seluruh “setting” benar benar terasa di Negeri Bawah Bayu.

Terima kasih, orang-orang Sabah di atas sokongan tidak terhingga sepanjang acara! Sabah Boleh Bah!

21433028_1975262229422168_4123358786474234398_n

21463155_1975262426088815_6762740299605968543_n 21557675_1975262272755497_5832165668489433999_n 21616201_1975262436088814_8438871319369557016_n

21432819_1975262336088824_580879327539875979_n 21432826_1975262722755452_3637133872468001521_n 21430500_1975262236088834_5091782419953089841_n 21432803_1975262232755501_6976850636807821911_n

Leave a Reply