Permainan Tradisional @ Kepong Anjuran JKKN Meriah

by YSS Admin / 18 September 2017 / No Comments

KUALA LUMPUR, Ahad – Seramai 15 orang Sukarelawan Siswa telah bersama-sama melibatkan diri di program dua hari anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Permainan Tradisional @ Kepong sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan selama dua hari bermula hari Sabtu 16 September sehingga lewat petang Ahad semalam. Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pengendali booth-booth pameran seperti Persatuan Layang-Layang Malaysia, Unit-Unit Beruniform Malaysia dan pelbagai lagi agensi agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

15 orang Sukarelawan Siswa telah terlibat menyumbang tenaga serta hujung minggu mereka bagi memeriahkan sambutan serta menjadi tenaga tambahan penganjur sebagai pemudah cara bagi pelawat yang hadir.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply