IMBASAN 2017

by YSS Admin / 04 January 2018 / No Comments

IMBASAN 2017

01 JANUARI 2018 – Selamat Tahun Baru 2018

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

 JANUARI 2017

JAN

Misi Pascabanjir YSS ke Kelantan 2017 

YSS memulakan tahun baru dengan menghantar YSS Alumni Disaster Management Team (ADiM) ke Kelantan. Empat orang alumni ini mengetuai Alumni YSS di kawasan sekitar Kelantan bagi Misi Pasca Banjir 2017 tersebut. Misi Pasca Banjir ini juga turut disertai oleh sukarelawan-sukarelawan dari universiti awam, politeknik, kolej komuniti serta institusi-institusi sekitar.

FEBRUARI 2017

Feb

Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Miri Sarawak 2017

YSS memulakan tahun baru dengan Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Miri, Sarawak 2017. Misi sulung YSS bagi tahun 2017 ini melibatkan 121 Sukarelawan Siswa termasuk 15 orang Alumni YSS serta siswa daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seperti Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Buat julung kalinya juga, misi tempatan ini disertai oleh dua orang siswa daripada Vietnam serta dua orang siswa daripada Lao PDR. Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Miri, Sarawak ini diadakan di tiga buah daerah iaitu daerah Beluru, daerah Bekenu dan daerah Kuala Niah. 121 Sukarelawan Siswa telah dipecahkan kepada lima buah kumpulan bagi memenuhi keperluan lima buah lokasi yang dikenalpasti iaitu Rumah Panjang Rawing dan Rumah Panjang Buddy di daerah Beluru, Rumah Panjang Mentali dan Rumah Panjang Ayai di daerah Bekenu serta Kampung Lajong di daerah Kuala Niah.

 

MAC 2017

Mac

National Young Women’s Empowerment Conference 2017 (NYWEC’17)

Bulan Mac di YSS dipenuhi dengan “external engagement” serta keterlibatan seluruh warga YSS bagi menyebarkan semangat kesukarelawanan di pelbagai lokasi. YBhg Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS, telah dijemput sebagai penyampai ucaptama penutup bagi National Young Women’s Empowerment Conference 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mana DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofian binti Almarhum Sultan Idris Shah Al-Mutawakkil Alallahi Shah, Canselor UTM, merupakan penyampai ucaptama bagi pembukaan persidangan tersebut. Persidangan ini turut disertai oleh dua orang Eksekutif YSS iaitu, Saudara Aliff Oslan, Saudari Asmah Kadir serta seorang pelatih industri, Saudari Nurul Fazirah binti Md Naser. Penyertaan tiga orang wargakerja YSS ini adalah bertujuan sebagai latihan untuk mempelajari pengendalian organisasi luar dalam menganjurka sesebuah persidangan. Pada masa yang sama juga, delegasi YSS turut mengambil kesempatan untuk mengadakan perjumpaan dan jelajah Alumni YSS di Johor Bahru dengan kehadiran seramai 25 orang Alumni yang masih aktif sebagai pelajar di institusi-institusi pendidikan tinggi zon Selatan.

Program ‘Volunteerism Talk’ Universiti Malaysia Sabah (UMS)

YSS turut melebarkan sayap menyebarkan semangat kesukarelawanan nun di Negeri di Bawah Bayu dengan diwakili oleh Eksekutif YSS, Saudara Runiy bin Maldud, sebagai panel jemputan bagi Program “Volunteerism Talk” di Universiti Malaysia Sabah. Program perkongsian ini juga turut disertai oleh Alumni YSS UMS selaku penganjur kepada program ini di bawah Kelab Sukarelawan Siswa UMS (KESUWA). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan peri pentingnya semangat kesukarelawanan yang perlu dipupuk dan ditingkatkan di kalangan mahasiswa disamping tertumpu kepada akademik sahaja. Pada kesempatan itu juga, YSS turut menggunakan peluang untuk mengadakan perjumpaan dan jelajah Alumni YSS di Kota Kinabalu dengan kehadiran seramai 15 orang Alumni yang masih aktif sebagai pelajar di institusi-institusi pendidikan tinggi zon Sabah.

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA’17)

Bersempena dengan penganjuran tahunan Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA ’17), seramai 12 orang Alumni YSS dan dua orang pegawai YSS yang juga merupakan Alumni YSS teelibat sebagai Elite Officer kepada Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera bagi negara-negara asing yang terlibat sepanjang pameran peringkat antarabangsa ini berlangsung. Kementerian Pertahanan Malaysia memberi kepercayaan kepada Alumni YSS hasil daripada prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Alumni YSS yang bertugas sebagai VIP Ambassador semasa Defense Services Asia 2016 yang diadakan di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur tahun sebelumnya.

 

APRIL 2017

 

April

Projek YSS-UNV Di Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras, Selangor

Bagi memperkukuh kerjasama antara YSS dengan United Nations Volunteers (UNV) yang terjalin sejak 2015, Projek YSS-UNV di Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras, Selangor telah diadakan. Projek ini merupakan projek kali kedua YSS bersama warga emas RSK Cheras selepas International Volunteers Day (IVD) pada 05 Disember 2016 tahun sebelumnya. Usaha ini diteruskan bagi mendekati golongan wargaemas sekaligus memberi pengalaman dan pendedahan kepada Sukarelawan Siswa. Seramai 31 Alumni YSS, 10 orang Siswa IPT sekitar, seorang pegawai bersama 14 orang pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang serta 10 orang warga kerja YSS telah menyertai dan menjayakan projek ini.

3rd Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) Summit 2017

Pada bulan April juga, YSS yang merupakan Associate Member bagi Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) telah dijemput untuk menghadiri 3rd Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) Summit 2017. Sidang Kemuncak APUCEN ini disertai oeh YBhg Dato’ Zuraidah Atan, serta pelatih industri, Saudari Nurul Fazirah binti Md Naser. Bersempena dengan persidangan ini juga, YBhg Dato’ Pengerusi YSS telah dijemput sebagai penyampai ucaptama penutup yang mana YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Penaung YSS merupakan penyampai ucaptama pembukaan Sidang Kemuncak tersebut. Pada kesempatan itu juga, YSS mengadakan perjumpaan serta jelajah Alumni YSS di Pulau Pinang degan kehadiran seramai 4 orang Alumni YSS yang masih aktif sebagai pelajar di institusi-institusi pendidikan tinggi zon Utara.

Global Peace Youth Exchange Nepal 2017- Moral and Innovative Leadership: New Models for Peace and Development

Program latihan “Global Peace Youth Exchange Nepal 2017 – Moral and Innovative Leadership: New Models for Peace and Development” telah disertai dan diwakili oleh Saudara Runiy Maldud, Pemangku Ketua Jabatan Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti (JPPA) selaama 9 hari sebagai latihan dan benchmarking dengan pergerakan sukarelawan dan NGO lain dari seluruh dunia serta mempromosikan YSS di pentas global. Global Peace Youth Exchange Programme merupakan program kepimpinan antarabangsa yang memperkasakan dan memberi inspirasi kepada belia di seluruh negara untuk menjadi medium kepada perubahan kea rah kebaikan yang mereka ingini di dunia ini. Penyertaan YSS bagi program ini juga adalah bertujuan sebagai satu langkah proaktif kakitangan YSS dalam usaha memperbaiki mutu dan kualiti kerja agar dapat mencapai segala objektif yang disasarkan oleh YSS serta sebahagian daripada proses pembangunan modal insan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Projek Sukarelawan Siswa YSS Ke Kampung Orang Asli 2017 #VOLUNTEERWEEKEND

Bulan April juga turut menyaksikan penganjuran Projek Sukarelawan Siswa YSS ke Kampung Orang Asli 2017 (Volunteer Weekend) di negeri Selangor. Dua buah kampung telah terpilih bagi melaksanakan projek ini iaitu, Kampung Sungai Melut di daerah Sepang, Selangor serta Kampung Tadom di daerah Kuala Langat, Selangor. 31 kampit beras telah disumbangkan kepada penduduk Kampung Sungai Melut yang terpilih oleh Puan Sri Dato’ Norsiah Musa, Pengerusi Lembaha Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (Putrajaya) pada majlis perasmian ini. Manakala bagi majlis perasmian di Kampung Bukit Tadom pula, Dato’ Zuraidah Atan hadir sebagai perasmi dan turut hadir bersama adalah Dato’ Mior Kamarulbaid bin Mior Shahid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah/Pengarah YSS, Encik Hadi Anak Jembik, Tok Batin Kampung Bukit Tadom, Encik Muhd Arif b Alimi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK (A) Bukit Tadom. Buku-buku bacaan telah disumbangkan oleh Dato’ Rozilah bt Hj Abdullah, Pengarah Urusan Orion Ventures Sdn Bhd bagi Perpustakaan Komuniti Kampung Bukit Tadom. Seramai 38 orang Alumni YSS telah terlibat bagi menjayakan projek ini.

Projek YSS-SBJK Tuition Mission Di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur

Penghujung bulan April menyaksikan pelancaran Projek YSS-SBJK Tuition Mission di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur. Penganjuran projek ini adlah bertujuan untuk membantu murid-murid SBJK yang berpotensi menduduki Peperiksaan Awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini dijalankan secara berkala setiap Rabu (seminggu sekali) dalam tempoh tiga bulan iaitu dari bulan April 2017 sehingga Jun 2017. Sepanjang tempoh projek, seramai 10-15 orang Sukarelawan Siswa / Alumni YSS telah membimbing murid-murid dengan teknik menjawab soalan bagi subjek wajib lulus SPM iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah serta melatih untuk menguasai kemahiran Membaca, Mengira dan Menulis (3M). Projek ini adalah berfokuskan kepada kluster Pendidikan YSS. Projek ini juga merupakan medium latihan capacity building dan nilai tambah Kemahiran Insaniah (KI) bagi Alumni YSS serta mahasiswa IPT dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang berlatarbelakangkan program pendidikan.

 

MEI 2017

Mei

Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS ASEAN Bil.1/2017

Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Siri 1/2017 telah diadakan di tiga buah zon utama, iaitu Zon Sabah, Zon Sarawak dan Zon Semenanjung. Turut diadakan adalah sesi temuduga khas mengikut keperluan bagi Zon Negeri Kelantan, IPG Kampus Ilmu Khas, Bangi, dan online interview bagi Reading University serta pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom. Seramai 460 orang mahasiswa telah menghadiri temuduga ini secara keseluruhannya.

Forum “Sukarelawan Siswa Penggerak Masa Depan Negara” Sempena Walawey Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

YSS juga telah dijemput menghadiri Forum “Sukarelawan Siswa Penggerak Masa Depan Negara” sempena program Walawey Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program ini telah diwakili oleh dua orang warga kerja YSS iaitu Saudari Asmah Kadir, serta Saudara Mc Lly Adrian Simon yang juga merupakan panel jemputan bagi forum ini. Forum ini turut disertai oleh Alumni YSS UMK selaku penganjur forum. Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan peri pentingnya semangat kesukarelawanan yang perlu dipupuk dan ditingkatkan di kalangan mahasiswa sebagai penggerak utama masa depan negara, Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS (Sesi Temuduga) turut diadakan di UMK. Seramai 35 orang mahasiswa dari UMK, USM Kampung Kubang Kerian, UiTM Machang, Politeknik Kota Bahru dan Kolej Komuniti Kok Lanas telah hadir bagi sesi tersebut.

Lawatan Recce dan Audit ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2017

Persediaan bagi Misi Sukarelawan Siswa bagi tahun 2017 diteruskan lagi dengan Lawatan Recce dan Audit ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2017. Lawatan recce ini diketuai oleh YBhg Dato’ Zuraidah Atan, bersama seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah / Pengarah YSS iaitu Encik Wan Ahmad Hazman Wan Daud, seorang Eksekutif YSS, Saudara Runiy Maldud serta seorang Alumni YSS, Saudari Ayesha Ismail. Lawatan recce ini turut disertai oleh Puan Normala Baharudin, Pengarah Education Malaysia Ho Chi Minh City, delegasi dari Konsul diRaja Thai yang diwakili oleh Encik Yuttalid Bunnag, serta dua orang wakil daripada Youth Union Ho Chi Minh City (HCMC YU) iaitu Miss Van Tranhoang Khanh, Head of International Affairs Division dan Miss Tran Minh Thao, Deputy Head of International Affairs Division. Delegasi YSS bersama HCMCYU serta wakil Konsul diRaja Thai telah mengadakan lawatan recce ke tujuh buah lokasi iaitu Tan Thong Hoi Commune, Phu Trung Commune, dan Nhuan Duc Commune di daerah Cu Chi, Phuoc Kien Commune di derah Nha Be, Tan Hiep Commune dan Nhi Binh Commune di daerah Hoc Mon dan Thanh Loc Ward di Daerah 12. Empat buah lokasi sesuai akhirnya dipilih sebagai lokasi misi iaitu Nhuan Duc Commune di daerah Cu Chi, Tan Hiep Commune dan Nhi Binh Commune di daerah Hoc Mon, dan Thanh Loc Ward di daerah 12. Sebuah lokasi misi tahun lalu iaitu Tan Thong Hoi Commune di daerah Cu Chi juga dilawati bagi proses audit.

Lawatan Recce ke Beaufort, Sipitang dan Nabawan Sabah 2017

Penghujung bulan Mei pula, Lawatan Recce ke Beaufort, Sipitang dan Nabawan, Sabah 2017 telah diadakan dan diketuai oleh Saudara Muhammad Zulasri Rosdi, Ketua Unit Pelaksanaan Misi dan Saudara Abdul Rahim Rahman, Ketua Unit Logistik dan Pengurusan Misi serta seorang Alumni YSS iaitu saudara Saibie Saiba. Lawatan recce ini dimulakan dengan mesyuarat bersama Datuk Hajah Maimunah Suhaibul, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Seh, Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort, Tuan Haji Abdul Rahman, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang, dan Tuan Saibeh, Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan. Pasukan recce telah melakukan recce di enam buah sekolah yang meliputi tiga daerah bersama-sama wakil PPD setiap daerah. Pasukan recce juga telah bertemu dengan ketua kampung, wakil JKKK dan juga Yang Dipertua PIBG sekolah yang terlibat. Pasukan recce Sabah 2017 akhirnya mengenalpasti enam lokasi sesuai untuk pelaksanaan misi iaitu Kampung Bambangan dan Kampung Saliwangan di daerah Beaufort, Kampung Kelangsat dan Kampung Solob di daerah Sipitang dan Kampung Kuala Salong dan Kampung Salarom Taka di daerah Nabawan.

 

JUN 2017

Jun

Projek Amal Baju Raya YSS 2017

Bersempena dengan Syawal 2017 yang bakal menjelma, YSS meneruskan Projek Amal Baju Raya YSS kepada beberapa komuniti target pada awal Jun 2017. Komuniti target pertama merupakan Penyerahan Sumbangan Baju Raya kepada Kakitangan Keselamatan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Penyerahan telah diadakan di lobi KPT dan dihadiri oleh YBhg Dato’ Zuraidah Atan serta warga kerja YSS. Sumbangan telah disampaikan kepada kakitangan keselamatan yang bertugas pada hari tersebut. Komuniti target kedua merupakan Penyerahan Sumbangan Baju Raya kepada Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tadom dan Kampung Orang Asli Sungai Melut, Dengkil, Selangor. Penyerahan diadakan di kampung-kampung tersebut dan dihadiri oleh warga kerja YSS serta Alumni YSS yang turut hadir membantu. Sumbangan telah disampaikan kepada Ketua Kampung Orang Asli Bukit Tadom dan Ketua Kampung Orang Asli Sungai Melut serta penduduk kampung yang hadir memeriahkan majlis. Komuniti target ketiga merupakan Penyerahan Sumbangan Baju Raya kepada Penduduk Kampung Padang Benta Simpang 4, Perlis. Penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi 1 YSS, YBhg Dato’ Mior Kamarulbaid serta beberapa Alumni YSS yang ada di sekitar Perlis. Komuniti target terakhir merupakan Penyerahan Sumbangan Baju Raya kepada Pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur. Penyerahan diadakan di lobi Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dan disampaikan oleh Pemangku Ketua Unit JPPA, Saudara Runiy Maldud, bersama beberapa warga kerja YSS. Sumbangan ini diserahkan kepaada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SBJK unrtuk diagihkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Objektif projek ini adalah bagi memberi bantuan berupa pakaian pre-loved bagi meringan beban dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Forum Jihad Memerangi Dadah Anjuran Bersama MPM, UTUSAN, MCPF dan PEMADAM

Sembilan orang wakil delegasi Yayasan Sukarelawan Siswa yang terdiri daaripada Staf YSS dan Alumni YSS telah hadir ke Forum “Jihad Menangani Gejala Penagihan Dadah Dikalangan Pelajar” anjuran MPM, UTUSAN, MCPF dan PEMADAM. Wakil Yayasan Sukarelawan Siswa iaitu Encik Wan Ahmad Hazman Wan Daud, Ahli Lembaga Pemegang Amanah / Pengarah YSS, turut dijemput menjadi salah seorang panel pada forum tersebut. Jihad iaitu perjuangan habis-habisan itu teguh membincangkan peranan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua pihak dalam menangani gejala dadah sehingga ke akar umbi.

South-South Knowledge Exchange on Youth Volunteering for the Sustainable Development Goals: Sharing Sufficiency Economy Philosophy (SEP) and Other Approaches from ASEAN Countries at Bangkok, Thailand

Wakil delegasi dari YSS iaitu YBhg Dato’ Zuraidah Atan, bersama-sama dengan Encik Wan Ahmad Hazman Wan Daud, Saudara Runiy bin Maldud serta Saudari Nurul Fazirah Md Naser telah hadir mewakili YSS ke South-South Knowledge Exchange on Youth Volunteering for the Sustainable Development Goals: Sharing Sufficiency Economy Philosophy (SEP) and Other Approaches from ASEAN Countries di Bangkok, Thailand. Forum tersebut memberikan pendedahan mengenai SEP iaitu sebuah rancangan strategic negara Thailand untuk mencapai SDG, dan juga mengenai rancangan-rancangan strategic negara ASEAN yang lain. YBhg Dato’ Zuraidah Atan merupakan sebahagian daripada panel forum bagi sesi dialog ketiga bersama-sama dengan wakil dari Kementerian Pendidikan, Belia, dan Sukan, Cambodia serta wakil dari Kementerian Belia dan Sukan, Indonesia.

 

JULAI 2017

Julai

Misi Bantuan Kebakaran Rumah Panjang Siliver Garit, Batu Lintang, Undop, Sri Aman, Sarawak

Negara dikejutkan dengan tragedi kebakaran Rumah Panjang Siliver Garit, Batu Lintang, Undop, Sri Aman, Sarawak. Alumni YSS, Saudara Leo Mixsbobic Edwin, dan keluarganya merupakan di antara mangsa tragedi kebakaran tersebut. YSS terus melancarkan Misi Bantuan Kebakaran Rumah Panjang Siliver Garit, Batu Lintang, Undop, Sri Aman, Sarawak, diketuai oleh Saudara Ahmad Hanif bin Rahman Ali, bersama-sama dengan Alumni YSS iaitu Saudara Leo sendiri, Saudara Maxcleen Pioh Anak Mandau, dan Saudara Augustine Meola Anak Achai, yang terus dihantar turun padang ke Sri Aman bagi melaksanakan misi bantuan tersebut. Tragedi tersebut telah menjejaskan sebanyak 19 buah keluarga. RM6,000.00 telah diserahkan kepada ibu Saudara Leo Mixsbobic iaitu sumbangan daripada Dato’ Pengerusi YSS sebanyak RM1,000.00 dan sumbangan daripada YSS sebanyak RM5,000.00. YSS turut melancarkan kutipan Derma Kilat untuk mangsa kebakaran rumah panjang tersebut dan telah berjaya mengutip sebanyak RM6,093.30 dimana RM5,418.50 telah disumbangkan oleh masyarakat awam dan RM677.80 daripada warga Kementerian Pendidikan Tinggi. Terima kasih diucapkan kepada yang menghulurkan bantuan.

Misi Sukarelawan Siswa YSS-Antarabangsa ke Beaufort, Sipitang dan Nabawan, Sabah 2017

Misi Sukarelawan Siswa YSS diteruskan lagi dengan Misi Sukarelawan Siswa YSS-Antarabangsa ke Beaufort, Sipitang dan Nabawan, Sabah 2017. Misi pada kali ini telah dijalankan di tiga buah daerah iaitu Daerah Beaufort, Sipitang, dan Nabawan yang meliputi kawasan pantai barat dan pedalaman Sabah yang belum diterokai YSS sebelum ini. Misi tersebut mencakupi enam buah kampung yang melibatkan empat kawasan Parlimen dan empat kawasan Dewan Undangan Negeri yang berbeza iaitu; Kampung Bambangan dan Kampung Saliwangan di daerah Beaufort, Kampung Kelangsat dan Kampung Solob di daerah Sipitang, serta Kampung Kuala Salong dan Kampung Salarom Taka di daerah Nabawan. Antara rakan kerjasama NBOS yang turut serta ketika misi ini berlangsung adalah Angkatan Tentera Malaysia yang membenarkan penggunaan 4 buah trak 3 tan untuk membawa siswa masuk ke kawasan kampung, Universiti Malaysia Sabah yang berperanan sebagai landing base YSS, Akademi Audit Negara sebagai lokasi Pre-Departure Training dan lain-lain lagi. Misi ini juga buat kali pertama menerima penyertaan dari 2 negara ASEAN iaitu 2 orang Sukarelawan Siswa dari Singapura dan 2 orang Sukarelawan Siswa dari Indonesia.

Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign Vietnam 2017

Dalam kemeriahan Syawal, Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign, Vietnam 2017 dimulakan dengan Pre-Departure Training yang dijalankan selama tiga hari dua malam di Hotel Seri Malaysia, Sepang. Misi ini melibatkan 50 orang Sukarelawan Siswa termasuk 15 orang Alumni YSS daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) termasuk Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Tiga Sukarelawan Siswa YSS dinobatkan dan mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Vietnam sebagai Sukarelawan Siswa Terbaik sepanjang GSVC 2017 iaitu Saudara Hasif Saad Shamsudin PSIS, Saudara Muhammad Ameen Abdul Azis UMP, dan Saudara Ignatius Mackerry Ak Naky UNIMAS.

World Youth Foundation International Capacity Building Workshop on Green Growth, Melaka

Wakil dari YSS iaitu Saudari Nurul Fazirah binti Md Naser, Saudari Nurfatin Syahira Zolkafli, dan Tuan Mohamad Hakimi Tuan Yahya telah menghadiri World Youth Foundation International Capacity Building Workshop on Green Growth, Melaka sebagai latihan untuk memperkasa Alumni YSS dengan pengetahuan mengenai SDG berfokuskan kelestarian alam sekitar.

 

OGOS 2017

Ogos

5th ASEAN Future Leaders Summit, AKEPT (USM)

YBhg Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS, telah dijemput sebagai speaker bagi 5th ASEAN Future Leaders Summit 2017 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM). 117 pemimpin muda dari seluruh negara ASEAN terlibat di dalam Sidang Kemuncak ini dan YBhg Dato’ Zuraidah Atan telah mempromosikan YSS serta berkongsi know-how ketika menghadapi bencana/musibah.

Meeting & Courtesy Call Singapore International Foundation to Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) KPT

YSS telah menerima kunjungan hormat dari Singapore International Foundation (SIF) yang wakilnya terdiri daripada: Mr Lawrence Teh, Division Director, Strategic Management Division, Ms Zhang Kangmin, Assistant Director, Global Networks & Mr Jonathan Chan, Country Manager (Malaysia & Lao PDR), Strategic Management Division, pada 2 Ogos 2017. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk melihat peluang kolaborasi dan kerjasama dalam mana-mana aktiviti yang boleh dijalankan bersama pada masa akan datang. Disamping bertukar pandangan serta pendapat di antara kedua belah pihak mengikut kepakaran dan pengalaman masing-masing. Perbincangan juga merujuk kepada kemungkinan bagi projek-projek yang merangkumi rantau ASEAN serta kerjasama di antara dua buah negara bagi projek-projek kendalian YSS-SIF pada masa akan datang.

Meeting & Courtesy Call to Embassy of Laos at Kuala Lumpur, Malaysia

Meeting & Courtesy Call to Embassy of Laos ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS bersama dua orang pegawai YSS iaitu Encik Ahmad Hanif Bin Rahman Ali dan Encik Abdul Rahim bin Rahman telah berjumpa dengan Mr. Bounthan Kousonsanong, First Secretary/ Deputy Chief of Mission. Sesi perbincangan tersebut merangkumi pemakluman untuk mengadakan Lawatan Recce Bagi Misi Sukarelawan Siswa YSS-MoES Malaysia-Laos  ke Daerah Sangthong, Vientiane, Lao PDR pada 20/08/2017 sehingga 24/08/2017, serta menjemput Mr. Bounthan untuk memberi taklimat berkaitan dengan slot Do’s and Don’ts in Laos semasa Pre-Departure Traning. Selain itu, perbincangan tersebut diadakan bagi mendapatkan sokongan daripada kerajaan Laos kepada pihak YSS untuk menjalankan Misi Sukarelawan Siswa ke Daerah Sangthong, Vientiane, Lao PDR.

ASEAN Day Celebrations

Pada sambutan ulangtahun Hari ASEAN tahun ini, YSS telah mengadakan kempen “virtual” selama satu hari dengan mengumpul ucapan-ucapan sempena Hari ASEAN 2017 berserta gambar-gambar Sukarelawan Siswa yang telah bersukarelawan bersama-sama YSS di negara-negara ASEAN seperti di Vietnam dan Laos. Ucapan-ucapan ini telah dikumpulkan dan diserahkan kepada Ambassador Jojie, wakil Wisma Putra sebagai simbolik sokongan YSS terhadap kerjasama ASEAN.

Sambutan 50 Tahun Hari ASEAN

Bersempena dengan Sambutan Hari ASEAN ke-50, Kementerian Luar Negeri / Wisma Putra telah menganjurkan sebuah sambutan ringkas satu hari bagi meraikan ulangtahun tersebut di KLCC. Beberapa wakil daripada YSS iaitu YBhg. Dato Zuraidah Atan, Pengerusi YSS, Encik Abdul Rahim Rahman, Cik Fazirah Naser, Cik Ismazatul Husna, Saudara Hakim Mazeli dan Saudara Amirul Syafiq telah hadir pada sambutan itu. Acara dimulakan dengan ucapan bersempena Hari ASEAN ke-50 oleh YAB Menteri Luar Negeri Malaysia dan seterusnya dipenuhi dengan persembahan-persembahan dari setiap wakil negara-negara ASEAN.

PMIMY International Symposium – Project Management Leadership for Change and Survival

YBhg. Dato Zuraidah Atan, Pengerusi YSS, telah dijemput sebagai Speaker bagi Project Management International Malaysia Chapter (PMIMY) International Symposium 2017 yang bertemakan “Project Management Leadership for Change and Survival”. Beliau telah berkongsi pengalaman dan metodologi dalam usaha YSS untuk melahirkan pemimpin sukarelawan dan mengalu-alukan kehadiran golongan profesional PMIMY untuk turut serta di dalam usaha ini. Seramai hampir 100 orang delegasi, iaitu terdiri daripada ahli-ahli PMIMY seluruh dunia telah hadir pada simposium tersebut.

Lawatan Recce Misi Sukarelawan Siswa YSS-MoES Malaysia-Laos ke daerah Sangthong, Vientiane, Lao PDR 2017

Lawatan recce bagi Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke daerah Sangthong, Vientiane, Lao PDR 2017 diketuai oleh YBhg. Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS bersama dua orang Pegawai YSS iaitu Encik Ahmad Hanif Rahman Ali dan Encik Abdul Rahim Rahman. Lawatan recce ini turut disertai pihak MoES iaitu Puan Chanthavone Phandamnong, General Director of External Relations Department (DER), Puan Noumkham Chanthabouly, Deputy Director General of DER, Encik Vongsine Sayyavong, Director of Treaty Division of DER, Cik Tadam Thongsavath, Academic Staff of Treaty Division of DER . Selain itu, Lawatan Recce ini juga turut disertai oleh Encik Phouvong Phimmakong, Deputy Director (International Coorporation and ASEAN Affairs), National University of Laos (NuoL), Encik Sengalounh Vongphouthone, Director of Statistics Sector, Provincial Education Services (PES) dan Encik Oudone Taichanthon, Deputy Director District Education and Sports Bureau of Sangthong District (DESB). Delegasi YSS bersama MoES, NuoL, PES dan DESB telah mengadakan lawatan Recce ke 4 buah lokasi. Pihak YSS telah mengenal pasti 3 buah lokasi yang sesuai iaitu Ban Thanasa, Ban Paktone, Ban Samphanna, Sangthong District, Vientiane, Lao PDR.

Strategic Decision Making and Team Building Workshop with The Map: A Corporate Challenge Game

3 staf YSS telah menghadiri bengkel/kursus Strategic Decision Making and Team Building Workshop with The Map: A Corporate Challenge Game anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana pada 23/08/2017. Staf YSS yang terlibat adalah Encik Alan Raymond Nathaniel, Pengurus Kanan Kewangan & Sumber Manusia, Encik Runiy Bin Maldud, Ketua JPPA dan Cik Amirah Yusoff, Unit Pengurusan Misi & Logistik. Objektif bengkel ini adalah bertujuan bagi membekalkan pengetahuan dan kemahiran yang mantap untuk membangunkan interpersonal dan kemahiran komunikasi, mempelajari kekuatan dan kelemahan dalam kepimpinan seseorang, meneraju dan memotivasikan kumpulan dalam perubahan persekitaran menggunakan cara kepimpinan yang betul, penyelesaian masalah dan membuat keputusan disamping kemahiran dalam kepimpinan berprestasi tinggi.

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Kementerian Pendidikan Tinggi 2017

Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan pada 28 Ogos 2017. Sambutan ini telah dirasmikan dan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi dan Penaung YSS. Ketua Projek ini adalah Staf Saudara Azmi dan Pelatih Industri Saudari Hidayah. Semua warga kerja YSS dijemput bagi memeriahkan sambutan ini serta beberapa orang Alumni YSS juga turut terlibat. YSS telah menghantar wakil untuk pertandingan nyanyian Lagu Kemerdekaan iaitu Saudara Fuad dari UPM dan mendapat tempat Pertama (Johan). Selain itu, YSS juga menghantar wakil dikalangan Alumni untuk menyertai pertandingan grafiti dan telah mendapat tenpat Kedua (Naib Johan) dan yang terakhir YSS telah menyertai aktiviti senamrobik serta konvoi keliling bangunan KPT menggunakan kenderaan YSS Ford Ranger.

 

SEPTEMBER 2017

Sept

 

Sept 2Bengkel Permantapan Kerjasama Antara NADMA-NGO Dalam Pengurusan Bencana

Saudara Abdul Rahim Rahman, Ketua Unit Pelaksanan Misi dan Unit Logistik & Pengurusan Misi YSS serta Saudara Muhamad Ashraf Syazani Hazry telah mewakili YSS bagi menghadiri Bengkel Pemantapan Kerjasama NADMA – NGO Dalam Pengurusan Bencana selama dua hari ini. Penglibatan seramai 60 orang peserta-peserta daripada 10 buah berlainan NGO telah membincangkan isu-isu yang terlibat dan cadangan bagi menyelesaikan sebarang isu serta langkah-langkah yang proaktif bagi menguruskan bencana yang lebih efektif dan berkesan. Objektif yang telah disasarkan berjaya di capai iaitu, memberi pendedahan kepada NGO berkaitan mekanisme pengurusan bencana di Malaysia, mengenalpasti jurang (gap analysis) sedia ada terutama di dalam aspek koordinasi pengurusan bencana di antara NGO dan Kerajaan, mendapatkan idea/pandangan/ cadangan daripada NGO untuk penambahbaikan kerjasama NGO dan Kerajaan dalam pengurusan bencana dan memantapkan bentuk kolaborasi dan koordinasi NGO sebelum, semasa dan pasca bencana melalui pembentukan garis panduan mengikut kluster berdasarkan rangkakerja (framework) yang ditetapkan bersama.

Hari UNESCO Malaysia

Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) mengadakan Hari UNESCO Malaysia (HUM) mulai 9 – 10 September 2017 bertempat di Kundasang, Sabah. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Wakil dari YSS dijemput untuk memeriahkan sambutan dan seramai 10 orang Alumni YSS dari UMS bersama-sama warge kerja YSS mengambil bahagian dalam pameran dibawah KPT kepada orang awam. YSS mengetengahkan tema SDG yang berfokuskan aktiviti YSS yang menyokong UN SDG. Turut terlibat untuk menghadiri Majlis Perasmian/ Penutup program ini adalah Encik Runiy bin Maldud, Ketua JPPA bagi mewakili Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS.

Public Service Malaysia (JPA) & Korean Delegation of Malaysia-Korea Youth Exchange Programme

Seramai 15 orang Penjawat Kerajaan dari Korea Selatan telah hadir bersama sama dua orang wakil dari JPA untuk lawatan sambil belajar di Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dibawah Program Pertukaran Malaysia-Korea kelolaan JPA. 15 orang ahli delegasi ini terdiri daripada penjawat di Kementerian Belia serta agensi-agensi Kerajaan di Korea Selatan. Pihak YSS diwakili oleh YBhg. Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS, Encik Runiy Bin Maldud, Ketua JPPA, Encik Abdul Rahim Rahman, Cik Asmah Kadir, Cik Amirah Yusof dan Cik Nurul Fazirah Md Naser. Melalui kunjungan ini, delegasi tersebut berhasrat untuk mempelajari sedikit sebanyak metodologi dan carakerja YSS dalam melahirkan pemimpin Sukarelawan Siswa serta penganjuran misi-misi kesukarelawanan di negara-negara ASEAN.

Misi Sukarelawan Siswa YSS-MoES Malaysia-Laos ke daerah Sangthong, Vientiane, Lao PDR 2017

Misi pada kali ini melibatkan 50 Sukarelawan Siswa termasuk 13 orang Alumni YSS daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) termasuk Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Upacara Majlis Penyerahan Vest kepada Chef De Mission Misi Laos 2017 Saudara Hanif oleh YBM Penaung YSS, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 13/09/2017 di Lobi KPT.  Semua Pengurusan Tertinggi KPT turut hadir menyempurnakan Majlis. Welcoming dan Ice Breaking Session Sukarelawan Siswa YSS bersama Counterpart, telah diadakan di tempat penginapan National University of Laos (NuoL) (Sea Games Village) pada 14/07/2017 sebaik sahaja tiba dari Malaysia. Pihak YSS diwakili oleh pegawai YSS iaitu Ahmad Hanif Bin Rahman Ali, Chef De Mission. Majlis Perasmian dan Pembukaan telah diadakan pada pagi keesokan harinya di Dewan Mesyuarat 2, National University of Laos (NuoL) yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS, wakil Kedutaan Malaysia ke Laos iaitu TYT Mohd Aini Atan dan Mr. Saravana Kumar Kumaravasagam, Consular,  wakil dari Ministry of Education and Sport of Laos iaitu Mr. Phouvanh Vongsoutthi, Deputy Director of External Relations Department (DER), Ms. Tadam Thongsavath dan Ms. Vilaysone Leuang Technical Staff, DER, wakil dari NUoL iaitu Dr. Somchanh Bounphanmy, Vice President of NuoL serta 50 orang Sukarelawan Siswa dari Malaysia dan 50 orang Sukarelawan Siswa daripada NUoL.

Permainan Tradisional Malaysia @ Kepong, Taman Metropolitan Kepong.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKNWPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Solidariti Seni Malaysia telah mengadakan Program Permainan Tradisional Malaysia @Kepong pada 16 & 17 September 2017 bertempat di Taman Metropolitan Kepong. Program ini merupakan salah satu program tahunan JKKN bagi tujuan untuk mengangkat dan menghidupkan kembali aktiviti seni permainan tradisional dan sukan rakyat kepada masyrakat bandar yang mana pengalaman ini juga boleh dikongsi bersama oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Penganjuran program pada tahun ini turut mengandungi pelbagai pengisian lain yang menarik. Selain pertandingan permainan rakyat di kalangan badan beruniform, program ini juga dimeriahkan lagi dengan aktiviti pameran dan demontrasi oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, larian ‘Sarong Run’, pertandingan kabaddi dan silambam, pertandingan Diablo dan Yoyo, persembahan pentas, ‘kids x-plore games’, jualan makan minum, produk barangan tempatan dan lain-lain. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz. Wakil dari YSS dijemput dan Seramai 22 orang Alumni YSS terlibat yang terlibat iaitu daripada UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti serta seorang pegawai iaitu Muhammad Azmi bin Zaini, selaku Ketua Projek.

Lawatan Recce Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Ban Ton, Daerah Phra Yuen, Khon Kaen, Thailand 2017

Lawatan Recce ini dijalankan bagi meninjau serta melihat potensi kawasan dan tempat yang sesuai untuk menjalankan Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Khon Kaen, Thailand. Selain itu, Lawatan Recce ini juga bertujuan untuk mendapat gambaran awal serta maklumat berkaitan struktur pendidikan serta pentabiran Kerajaan Thailand dengan lebih dekat. Delegasi YSS ke lawatan Recce ini dianggotai oleh YBhg. Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS dan Encik Runiy Bin Maldud, Ketua JPPA. Lawatan ini hanya dijalankan selama sehari (pergi-balik) yang menggunakan jalan darat (cross-border). Lawatan Recce ini dapat direalisasikan setelah mendapat bantuan pertolongan daripada sahabat YSS Mr. Sompathana Lakhaisy (Arthur) dari Syarikat Lao Telecom yang setuju membawa Delegasi YSS ke Khon Kaen. Keputusan untuk melakukan Lawatan Recce ke Khon Kaen, Thailand adalah berdasarkan susulan perbincangan dengan mantan TYT Duta Besar Malaysia ke Bangkok, Thailand (Datuk Nazirah Hussain) yang lepas serta perbincangan dengan TYT Mohd. Aini Atan Duta Malaysia ke Vientiane, Lao PDR baru-baru ini, memberikan cadangan wajar Lawatan Recce ke Khon Kaen melalui Vientiane sementara Delegasi YSS menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Misi Sukarelawan Siswa YSS-MoES ke Daerah Sangthong, Vientiane, Lao PDR 2017. Kawasan yang terlibat dalam Lawatan Recce ini adalah Ban Ton, Phra Yuen District, Khon Khaen, Thailand yang terletak 300KM daripada Vientiane, Lao PDR.

 

OKTOBER 2017

Okt 2 Okt

Lawatan Kerja YBM KPT ke Republik Indonesia dan Perjumpaan YSS Bersama Entiti Berkepentingan

Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Tinggi (YBM KPT) Ke Republik Indonesia dan Perjumpaan Bersama Duta Besar Malaysia ke Jakarta, Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN Jakarta, The ASEAN Secretariat, ASEAN Foundation, Secretary Directorate General, Directorate General of Learning and Student Affairs, Coordinator, Coordination of Private Higher Education Institution for Region 3 & KALBIS Institute, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia telah diwakili oleh 3 orang Delegasi YSS iaitu; YBhg. Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS, Saudara Runiy Maldud, Pengurus dan Ketua Jabatan Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti serta Saudari Asmah Kadir selaku Eksekutif Projek YSS. Program ini pada asalnya hanyalah untuk menyertai delegasi Lawatan Kerja YBM KPT pada 01 – 03 Oktober 2017 sahaja. Namun, ekoran tidak mahu melepaskan peluang berjumpa dengan beberapa organisasi yang berkepentingan dengan YSS, maka beberapa perjumpaan dengan beberapa agensi telah dijalankan bersama The ASEAN Secretariat, ASEAN Foundation dan Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN serta beberapa pegawai bertanggungjawab dalam Kuliah Kerja Nyata.

YSS – Buku Jalanan Chow Kit

Kelas Buku Jalanan Chow Kit yang bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam yang berfokuskan kepada pengajaran subjek Bahasa Inggeris kepada 43 orang pelajar gelandangan. Sebahagian besar pelajar di Buku Jalanan Chow Kit juga merupakan pelajar dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK). Kelas ini membimbing murid-murid tentang sebutan dan fonetik dalam Bahasa Inggeris dari tahap umur yang berbeza. Silibus setiap pelajar telah ditetapkan oleh guru yang bertugas dan petugas Sukarelawan Siswa membantu guru untuk mengajar para pelajar secara one-on-one.

International Volunteer Cooperation Organisations’ Conference, Seoul, Korea 2017

IVCO 2017 – International Volunteeer Co-operation Organisations’ Conference 2017 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh International Forum for Volunteering in Development (Forum). Pada tahun ini, Forum bekerjasama bersama Korea International Cooperation Agency (KOICA) bagi penganjuran IVCO 2017 di Seoul yang berlangsung pada 22 Oktober sehingga 25 Oktober yang lalu. YSS diwakili oleh Dato’ Zuraidah Atan yang juga merupakan speaker. Saudari Nurul Fazirah turut hadir sebagai wakil YSS. Persidangan tersebut dihadiri oleh 150 delegasi yang hadir dari seluruh dunia, terutamanya agensi-agensi kerajaan yang memperkasakan aktiviti kesukarelawanan. Persidangan ini bertemakan Implementation of the SDGs through Transformative Partnership in Volunteering, dimana isi kandungan persidangan berfokuskan kepada sinergi dan impak yang dapat dihasilkan apabila agensi-agensi kesukarelawanan bekerjasama seterusnya mewujudkan transformasi bermakna di kalangan komuniti global.

72nd Anniversary of The United Nations, JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur

YSS diwakili oleh Saudara Wan Ahmad Hazman Wan Daud, Saudara Sathish Rao A/L Appalanaidu, Ahli Lembaga Pengarah/Pemegang Amanah YSS dan Saudara Runiy Maldud, Ketua Jabatan Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti untuk mewakili YBhg. Dato Pengerusi bagi menghadiri Sambutan 72 Tahun United Nations bertempat di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur. Tetamu kehormat dalam majlis tersebut adalah YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri juga sebagai perasmi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Mr. Stefan Priesner, United Nations Resident Coordinator fo Malaysia, UNDP Resident Representative for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam seterusnya video message daripada UN Secretary-General Antonio Guterres. Pada majlis yang sama juga turut diadakan penyampaian The Winners of UN Malaysia Award 2017 yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Rahman Dahlan diiringi oleh Mr. Stefan Priesner. PACOS Trust, Zero Waste Malaysia dan Datuk Dr Denison Jayasooria adalah di antara penerima anugerah tersebut.

 

NOVEMBER 2017

Nov 2 Nov

Projek Mural International Volunteer Day – National Cancer Society Malaysia

Permulaan November dimeriahkan dengan Projek Mural bersempena dengan Hari Sukarelawan Sedunia dengan kerjasama bersama National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan Super Squad. Aktiviti mural dimeriahkan dengan hasil seni sukarelawan yang terdiri daripada Alumni YSS dan wargakerja YSS di Children’s Home of Hope, National Cancer Society Malaysia.

Volunteer Leadership Development Programme (VLDP) & 15th IAVE Asia Pacific Youth & Regional Conference, Kuala Lumpur 2017 – Intenational Association for Volunteer Effort

YSS telah menjadi badan kerjasama yang menganjurkan 15th IAVE Asia Pacific Regional Volunteer Conference and Youth Volunteer Conference yang mana Malaysia merupakan tuan rumah pada kali ini. Kejayaan penganjuran program ini membuktikan bahawa YSS turut memainkan peranan signifikan menjayakan program-program berbentuk pembangunan kapasiti intelektual (intellectual capacity building) selain daripada peranannya yang sedia terbukti di dalam kegiatan aktivisme di lapangan. Penglibatan 102 Alumni YSS dengan seramai 32 negara Asia Pasifik sebagai pembentang dan peserta dalam konferens kali ini secara tidak langsung memberikan nilai tambah terhadap usaha berterusan pihak YSS untuk meletakkan negara Malaysia sebagai hab kesukarelawanan global. Volunteer Leadership Development Programme (VLDP) yang diadakan sebelum persidangan IAVE bermula pula berfungsi sebagai training kepada Alumni YSS sebelum menghadiri persidangan antarabangsa yang penuh gilang gemilang itu.

World OIC Program (Organisation of Islamic Cooperation) – 56 Youth Leaders of OIC Member Countries

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah dijemput dan diwakili oleh Encik Sathish Rao, Ahli Lembaga Pemegang Amanah / Pengarah YSS, sebagai salah seorang speaker bagi World OIC Program (Organisation of Islamic Cooperation) yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Seramai 56 Pemimpin Belia dari negara-negara ahli OIC telah hadir pada program tersebut. Turut hadir merupakan Puan Mehla Ahmed Talebna, Director General of the World OIC. Encik Sathish telah berkongsi pengalaman beliau dengan YSS dan juga mengenai kepimpinan yang dipelajari beliau melalui modul kesukarelawanan YSS.

 

DISEMBER 2017

dis

12th ASEAN Senior Officials Meeting on Education

Delegasi YSS yang diketuai oleh Dato’ Zuraidah Atan, bersama Encik Mohd Al-Farid Abraham serta Encik Runiy Maldud, telah berangkat ke Bangkok, Thailand selama dua hari bagi menyertai 12th ASEAN Senior Officials Meeting on Education. YSS telah membentangkan mengenai Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak 2018 bagi mendapatkan pengiktirafan ASEAN serta penglibatan dari negara-negara ASEAN.

9th World Urban Forum Volunteers Training

Seramai 30 orang Alumni YSS telah terlibat bagi sesi training ini. 30 orang Alumni YSS ini akan terlibat sebagai Sukarelawan bagi 9th World Urban Forum yang dianjurkan oleh UN Human Settlements Programme (UN-Habitat) pada bulan Februari 2018.

Lawatan recce ke Bangka Belitung, Indonesia

Saudara Rahim Rahman dan Saudara Azmi Zaini telah mewakili YSS bagi lawatan recce ke Bangka Belitung, Indonesia.  Lawatan recce ini merupakan proses asas yang dilakukan sebelum perancangan bagi misi-misi Sukarelawan YSS dilakukan. Misi pada kali ini merupakan penglibatan YSS serentak dengan Kuliah Kerja Nyata Indonesia (Swasta) 2018.

International Volunteer Service Exchange Conference, Beijing, China

Dua orang wakil dari YSS iaitu YBhg Prof Dr. Sopian Bujang, Ahli Lembaga Pengarah/Pemegang Amanah YSS serta Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa, KPT, serta Saudara Rahim Rahman, telah berangkat ke Beijing China bagi menyertai International Volunteer Service Exchange Conference yang dianjurkan oleh United Nations Volunteers dan Beijing Volunteer Service Federation (BVF). Persidangan ini berlangsung selama 5 hari bertemakan “Belt and Road” Volunteer Service Alliance dan dihadiri oleh ratusan NGO, aktivis serta Sukarelawan seluruh dunia.

Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS Siri 2/2017

Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Siri 2/2017 telah diadakan di tiga buah zon utama, iaitu Zon Sabah, Zon Sarawak dan Zon Semenanjung. 715 mahasiswa dari seluruh negara telah hadir bai sesi pemilihan pada kali ini yang akan menempatkan mereka ke beberapa misi sukarelawan yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan.

YSS berterima kasih kepada “stakeholders”, penaja, media, serta pihak-pihak yang telah bersama-sama menyokong usaha YSS sepanjang tahun ini. YSS akan terus mengorak langkah dan maju ke peringkat yang lebih tinggi bagi merealisasikan hasrat penubuhan YSS iaitu untuk melahirkan pemimpin sukarelawan siswa global serta menyokong Lonjakan Pertama PPPM(PT) 2015-2025 iaitu untuk melahirkan graduan seimbang, holistik, dan berkeusahawanan.

Closing

Winning People’s Hearts, Mind and Soul Beyond Borders”

“Soaring Upwards”

 

YAYASAN SUKARELAWAN SISWA

2017

 

Leave a Reply