36 Alumni YSS terlibat dalam Forum Bandar Sedunia (WUF) 2018, KL

by YSS Admin / 11 February 2018 / No Comments

World Urban Forum (WUF), 7-13 February 2018, KLCC.

Forum Bandar Sedunia (WUF) kali ke-9 ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

WUF disertai oleh pelbagai negara antaranya Indonesia, Palestin, Jepun, Morocco, German, Afrika Selatan, India, China, Angola dan banyak lagi.

Seramai 36 Alumni YSS dipilih menjadi sukarelawan WUF pada kali ini. Usaha ini adalah demi memastikan Alumni YSS akan terus mendapat pendedahan secara aktif di peringkat global dalam melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di persada dunia.

Hari ini merupakan hari ke 4 berlangsungnya WUF2018! Jom singgah ke KLCC.

#AlumniYSS #SoaringUpwards #PemimpinKelasDunia #wuf9 #unhabitat#unitednations #forumbandarsedunia

Leave a Reply