Majlis Flag-Off Misi Sukarelawan Siswa YSS-KKN Ke Belitung Timur, Bangka Belitung, Republik Indonesia 2018

by YSS Admin / 17 February 2018 / No Comments

Putrajaya, 14 Februari- Majlis Flag-Off Misi Sukarelawan Siswa YSS-KKN Ke Belitung Timur, Bangka Belitung, Republik Indonesia 2018 telah sempurna dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.

Seramai 44 orang Sukarelawan Siswa YSS yang terdiri dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia dan mahasiswa Malaysia yang menuntut di Indonesia akan bersama-sama dengan 280 orang mahasiswa Indonesia bagi mengabdikan diri melakukan aktiviti sukarelawan bersama masyarakat setempat di Bangka Belitung yang bermula pada 18 Februari sehingga 6 Mac 2018 di dua lokasi iaitu di Desa Baru dan Desa Senyubuk, Belitung Timur, Bangka Belitung.

Ini adalah misi pertama YSS dan Indonesia melalui jalinan strategik bersama Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia (RISTEKDIKTI) dan Yayasan Sukarelawan Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dan KALBIS Institute sebagai ‘focal point’ bagi semua IPTS Indonesia yang terlibat.

Kuliah Kerja Nyata (KKN) adalah kegiatan pengabdian mahasiswa kepada masyarakat dengan menjalankan kerja sukarelawan pada waktu dan tempat tertentu yang diperkenalkan sejak 1971. RISTEKDIKTI mewajibkan setiap institusi pendidikan tinggi di Indonesia melaksanakan KKN sebagai kokurikulum berpandukan tiga aturan iaitu pendidikan, penelitian dan pengabdian. Pembabitan dalam KKN menjadi salah satu syarat wajib bagi mahasiswa di Indonesia bergraduasi.

YSS menetapkan 6 kluster yang wajib dijalankan oleh sukarelawan siswa dengan bantuan dan sokongan sukarelawan Indonesia selaras dengan prinsip yang digariskan dalam 17 Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (17 United Nations Sustainable Development Goals).

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada para sukarelawan siswa !

#YSSKKN_BangkaBelitung
#soaringupwards
#YSS2018
#YSS
#StudentVolunteers
#SukarelawanSiswaYSS
#YSSAlumni

YBM Dato’ Seri Idris Jusoh
YBTM Datuk Dr Mary Yap Kain Ching
YBhg. Tan Sri Dr Noorul Ainur
YBhg. Datin Paduka Siti Hamisah
YBhg. Prof. Dato’ Dr Mohd Ismail Abd Aziz
YBhg. Dato Zuraidah Atan

Kementerian Pendidikan Tinggi
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

Leave a Reply