LAWATAN RASMI DELEGASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) KE MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN KE BELITUNG TIMUR, BANGKA BELITUNG, REPUBLIK INDONESIA 2018

by YSS Admin / 27 February 2018 / No Comments

Pada 27.2.2018 (Selasa), Delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Abdul Halim Bin Jusoh, Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan Tinggi dan Pegawai YSS, Mohd Najib Bin Mohd Fauzi telah bertolak ke Belitung Timur, Bangka Belitung, Republik Indonesia bagi mengadakan lawatan rasmi untuk meninjau aktiviti sukarelawan yang dijalankan oleh 44 orang sukarelawan siswa bersama dengan kira-kira 280 mahasiswa Indonesia di dua lokasi – Desa Senyubuk dan Desa Baru.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta telah disambut mesra oleh Dr. Mior Harris Mior Harun, Pengarah Education Malaysia di Indonesia dan Encik Megat Mohd Samsul Megat Ismail, Warden/Setiausaha Ketiga (Pendidikan) di Dewan Malaysia Jakarta sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Hanajeoddin Tanjung Pandan, Bangka Belitung, Indonesia.

#YSSKKN_BangkaBelitung
#soaringupwards
#YSS2018
#StudentVolunteers
#SukarelawanSiswaYSS
#NegaraKu

Leave a Reply