KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) BERSAMA PEMERINTAH DAERAH (PEMDA) DI BELITUNG TIMUR

by YSS Admin / 27 February 2018 / No Comments

Pada 27.2.2018 (Isnin), Delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh YBhg. Datuk Hj. Abdul Halim Bin Jusoh, Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan Tinggi bersama Dr. Mior Harris Mior Harun, Pengarah Education Malaysia di Indonesia, Encik Megat Mohd Samsul Megat Ismail, Warden / Setiausaha Ketiga (Pendidikan) di Dewan Malaysia Jakarta dan Mohd Najib bin Mohd Fauzi, Pegawai YSS telah mengadakan kunjungan hormat bersama wakil PEMDA iaitu Drs. Burhanudin, Wakil Bupati di Belitung Timur.

Kunjungan hormat ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia melalui usaha sama aktiviti kesurelawan (Misi YSS-KKN) serta menyemarakkan lagi semangat ASEAN.

#YSSKKN_BangkaBelitung
#soaringupwards
#YSS2018
#StudentVolunteers
#SukarelawanSiswaYSS
#NegaraKu

Leave a Reply