LAWATAN KERJA RASMI YSS BERSAMA GABENOR LUANG PRABANG, LAO PDR

by YSS Admin / 14 March 2018 / No Comments

Luang Prabang, 13 Mac- YSS, KPT terus eratkan kerjasama dua negara melalui aktiviti kesukarelawan antara negara Malaysia dan Lao PDR. Lawatan kerja rasmi YSS pada kali ini adalah sebagai persiapan untuk Misi Sukarelawan Siswa YSS ASEAN ke Luang Prabang, Lao PDR 2018 yang dijadualkan akan berlangsung bulan hadapan. Delegasi YSS diketuai oleh YBhg. Dato’ Zuraidah Atan, Pengerusi YSS.

Sepanjang lawatan rasmi ini, delegasi YSS akan mengadakan beberapa pertemuan rasmi di semua peringkat termasuklah pertemuan rasmi bersama Gabenor Luang Prabang, Lao PDR, His Excellency Khamkhan CHANTHAVISOAK dan Kementerian Pendidikan dan Sukan Lao PDR (MoES).

Leave a Reply