Luang Prabang Dipilih Sebagai Lokasi Misi YSS ke Lao PDR 2018

by YSS Admin / 14 March 2018 / No Comments

Luang Prabang- Recce ke bumi Lao PDR diteruskan dengan bertemu semua rakan strategik di semua peringkat pentadbiran Luang Prabang. Pertemuan di semua peringkat diatur bersama rakan kerjasama termasuklah Provincial Education and Sports Service (PESS), Suphanovong University, Secondary School Pak Ou, dan Pak Ou District Office.

Pada kali ini, Suphonovong University telah menjadi cadangan pihak Lao PDR bagi kerjasama mahasiswa yang akan terlibat untuk misi selama 2 minggu ini. Dalam pada itu, 4 buah kampung telah dikenalpasti untuk di lawati terdiri daripada Ban Pak Ou, Ban Xieng Lom, Ban Muengkhai dan Ban Pak Swang.

Recce YSS pada kali ini adalah sebagai persiapan untuk latihan kepimpinan mahasiswa IPT bagi kedua buah negara. Secara praktisnya, Mahasiswa IPT Malaysia akan bersama-sama rakan mahasiswa IPT Lao PDR secara (one-to-one) menjalani Misi Sukarelawan Siswa YSS selama 2 minggu.

Misi dijadualkan akan bermula pada bulan April 2018.
Jangan lepaskan peluang, sertai kami!

#soaringupwards #MisiYSSLaos2018 #YSS
#KPT #MoHE

29257895_2064946497120407_1407630150760832513_n 29216212_2064946613787062_8656235315929292861_n 29216175_2064946500453740_6913672039171629528_n 29196548_2064946610453729_8410920735163183229_n 29186688_2064946710453719_6912347558945117842_n 29178476_2064946700453720_1593572508722760494_n 29196283_2064172627197794_9098026508367464693_n

Leave a Reply