#PreviousYSSMission 121 pemimpin sukarelawan melakukan aktiviti kesukarelawanan di 5 buah lokasi di Miri, Sarawak secara serentak

by YSS Admin / 18 May 2018 / No Comments

Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Miri, Sarawak 2017 telah melibatkan seramai 121 Sukarelawan Siswa yang terdiri daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seperti Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Buat julung kalinya juga, misi tempatan ini disertai oleh dua orang siswa daripada Vietnam serta dua orang siswa daripada Lao PDR.

Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Miri, Sarawak ini diadakan di tiga buah daerah iaitu daerah Beluru, daerah Bekenu dan daerah Kuala Niah.

121 Sukarelawan Siswa telah dipecahkan kepada lima buah kumpulan bagi memenuhi keperluan lima buah lokasi yang dikenalpasti iaitu Rumah Panjang Rawing dan Rumah Panjang Buddy di daerah Beluru, Rumah Panjang Mentali dan Rumah Panjang Ayai di daerah Bekenu serta Kampung Lajong di daerah Kuala Niah.

Mari kita ikuti antara aktiviti yang dijalankan oleh sukarelawan di sana. Enjoyyy!

Leave a Reply