Research is a new knowledge

by admin / 02 November 2018 / No Comments

Heartiest congratulations to our #AlumniYSS, Hassanah and Lavannia who have been awarded the last top 3 among other 45 research experts.

“Research is a new knowledge”.

Assalamualakum dan salam sejahtera Dato’ Zuraidah Atan dan Barisan Pengarah Yayasan Sukarelawan Siswa,

Pada hari Sabtu yang lepas, telah berlangsung Pertandingan Falling Walls peringkat kebangsaan di mana para peserta daripada bermacam-macam latar belakang sains mempersembahkan idea inovasi mereka selama 3 minit.

Seramai 45 orang para peserta telah mengambil bahagian dan membentangkan kajian masing-masing. Sukacita dimaklumkan bahawa tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh Alumni Yayasan Sukarelawan Siswa sendiri, saudari Lavannia yang membentangkan mengenai penyakit Diabetis Mellitus dan saudari Hassanah yang telah membentangkan mengenai jangkitan parasit di dalam tubuh manusia.

Kami sentiasa menyanjungi usaha #YSS dalam memupuk kami menjadi seorang insan yang berdaya saing untuk negara.
Terima kasih #YSS

#YSSProudMoment
#YSSICON #ASEAN

Leave a Reply