BENGKEL GROOMING SUKARELAWAN YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) KOLEJ KOMUNITI 2019

by admin / 29 March 2019 / No Comments

Majlis Perasmian dan Penutupan, Bengkel Grooming Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Kolej Komuniti 2019 telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), 28 Mac 2019 (Khamis) bertempat di Koleh Komuniti Kuala Langat (KKKL).

Group Photography Bengkel Grooming Sukarelawan

58 pelajar-pelajar terpilih Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia tidak melepaskan peluang melibatkan diri menyertai Bengkel Grooming Sukarelawan ini. Ini kerana Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) merupakan platform pilihan mereka untuk menyumbang bakti kepada masyarakat melalui perkhidmatan komuniti di dalam negara mahupun antarabangsa.


Hal ini jelas terbukti dengan kesanggupan seorang pelajar Kolej Komuniti sanggup mengambil inisiatif terbang dari Tawau ke Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan pendedahan awal berkenaan dengan proses sesi temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Wakil Kolej Komuniti Tawau, Jetrina Majohn

Bengkel ini merupakan satu inisiatif Kolej Komuniti untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mereka sebagai persediaan untuk hadir sesi temuduga sebenar nanti yang akan diadakan pada 20 & 21 April 2019 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Group Photograpy Kolej Komuniti Kuala Langat (Tuan Rumah) bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

“Matlamat kita untuk menanam semangat sukarelawan dan setiakawan dalam kalangan pelajar pendidikan tinggi melalui perkhidmatan komuniti serta melahirkan ikon sukarelawan di pentas global. Dalam masa yang sama, kita juga ingin melahirkan insan yang berintegriti dan mempunyai semangat patriotik dalam diri.”

Tan Sri juga berkata, “Kita berharap tahun ini lebih ramai pelajar Kolej Komuniti turut hadir semasa sesi temuduga yang akan diadakan pada bulan April ini. Tidak dinafikan, kemahiran pelajar-pelajar Kolej Komuniti amatlah diperlukan dalam pelaksanaan Misi-Misi di bawah anjuran YSS.”

Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

Selari dengan salah satu Values Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), “Right Volunteers for The Right Job”, kemahiran yang dipelajari pelajar-pelajar Kolej Komuniti amatlah diperlukan dalam menjayakan Misi-Misi anjuran YSS.

Setiap tahun, aktiviti yang melibatkan kemahiran dan teknikal seperti, menyemen, membuat pondok, membaiki rumah penduduk yang usang, mengecat kawasan sekolah, membaiki dan membina jalan kampung, dan pelbagai lagi aktiviti yang memerlukan tenaga mahir dalam penggunaan peralatan iaitu selari dengan pembelajaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Penyerahan cenderahati GluLAMP telah disempurnakan Yang Dihormati Dr. Zamzam Bin Mohd Walid, Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) kepada YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

GluLAMP merupakan produk inovasi yang dihasilkan daripada cantuman perca kayu dan dilarik menggunakan mesin inovasi yang direkacipta khas dan telah mendapat Sijil Pempatenan dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Produk ini telah dihasilkan oleh para pelajar Sijil Rekabentuk & Pembuatan Perabot Kolej Komuniti Kuala Langat di bawah bimbingan pensyarah program berkenaan iaitu Encik Mohd. Faisal Bin Yusof.

Leave a Reply