SESI PEMILIHAN SUKARELAWAN YSS ZON SARAWAK

by admin / 12 April 2019 / No Comments

Seramai 78 calon sukarelawan mewakili institusi di Zon Sarawak telah menghadirkan diri ke Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS Siri 1 | 2019 bertempat di Bilik Pascasiswazah, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 11 April 2019 (Khamis).

Turut hadir dalam sesi temuduga itu ialah Universiti Awam, Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Politeknik Zon Sarawak.

Sesi pemilihan sukarelawan ini bertujuan untuk mencari siswa yang berpontensi dalam menyertai Misi YSS pada tahun 2019. Tahun ini, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan mengadakan Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Sabah, Sarawak, Vietnam dan Lao People’s Democratic Republic.

Leave a Reply