SESI PEMILIHAN SUKARELAWAN YSS ZON SABAH

by admin / 12 April 2019 / No Comments

Seramai 83 calon sukarelawan mewakili institusi di Zon Sabah telah menghadirkan diri ke Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS Siri 1 | 2019 bertempat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Bangunan Anjung Siswa, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Turut hadir dalam sesi temuduga itu ialah Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti dan Politeknik Zon Sabah.

Sesi pemilihan sukarelawan ini bertujuan untuk mencari siswa yang berpontensi dalam menyertai Misi YSS pada tahun 2019. Tahun ini, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan mengadakan Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Sabah, Sarawak, Vietnam dan Lao People’s Democratic Republic.

Leave a Reply