SESI PEMILIHAN SUKARELAWAN YSS ZON SEMENANJUNG

by admin / 22 April 2019 / No Comments

Seramai 556 calon sukarelawan mewakili institusi di Zon Semenanjung telah menghadirkan diri ke Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS Siri 1 | 2019 bertempat di Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), Menara 2, Presint 5, PUTRAJAYA.

Turut hadir dalam sesi temuduga itu ialah Universiti Awam, Institut Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti dan Politeknik, Malaysia. Pada tahun ini juga, YSS telah membuka peluang penyertaan kepada mahasiswa/i Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Profesional MARA, dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Sesi pemilihan sukarelawan ini bertujuan untuk mencari siswa yang berpontensi dalam menyertai Misi YSS pada tahun 2019. Tahun ini, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan mengadakan Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Sabah, Sarawak, Vietnam dan Lao People’s Democratic Republic.

Leave a Reply