SESI PEMILIHAN SUKARELAWAN YSS 2019

by admin / 09 May 2019 / No Comments

Seramai 733 calon siswa daripada institusi di Malaysia telah melibatkan diri dalam Sesi Pemilihan Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bermula 11 April 2019 (Khamis) bagi Zon Sabah (83 calon siswa) dan Zon Sarawak (78 calon siswa) kemudian diteruskan lagi pada 20 – 21 & 26 April 2019 bagi Zon Semenanjung Malaysia (573 calon siswa).

Sesi temuduga ini bertujuan untuk mencari siswa yang berpontensi dalam menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS pada tahun 2019. Tahun ini, YSS akan melaksanakan Misi ke Sabah, Sarawak, Vietnam dan Lao PDR yang dijangka bermula awal Julai 2019 untuk Misi pertama.

Turut hadir dalam Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS pada tahun ini ialah Universiti Awam (313 calon), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (134 calon), Institut Pendidikan Guru (89 calon), Kolej Komuniti (47 calon) dan Politeknik (127 calon). Tahun ini juga YSS telah membuka peluang penyertaan dari Kolej Poly-Tech MARA (12 calon) dan Kolej Profesional MARA (11 calon).

Leave a Reply