YSS PROJEK “TUITION MISSION” PT3 & SPM 2019 Golongan B40 PPR

by admin / 17 June 2019 / No Comments

Petaling Jaya: Seramai 130 pelajar SMK Lembah Subang menerima manfaat Projek YSS Tuition Mission PT3 & SPM bagi golongan B40 PPR.

Inisiatif yang mendekati golongan B40 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) ini adalah hasrat dari YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia yang mahu memberikan akses pendidikan yang lebih baik kepada semua.

Pada masa yang sama PROJEK YSS “TUITION MISSION” PT3 & SPM SMK LEMBAH SUBANG Golongan B40 PPR ini juga mendokong Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Projek ini akan menumpukan kepada subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Matematik mengikut keperluan pelajar dalam menghadapi PT3 & SPM pada tahun ini.

Projek YSS “Tuition Mission” telah bermula pada 17 Jun sehingga September 2019 setiap hari Isnin, Rabu, dan Jumaat pada jam 3.00pm hingga 5.00pm.

#YSS #YayasanSukarelawanSiswa #YSSTuitionMission

Leave a Reply