MISI BANTUAN BANJIR 2019

by admin / 18 December 2019 / No Comments

Derma Kilat

Misi Bantuan Banjir (Johor & Kelantan)

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa bencana banjir di Johor dan Kelantan pada 20 – 22 Disember 2019 ini dengan kerjasama daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kami menyeru kepada rakyat Malaysia untuk turut bersama membantu mangsa-mangsa bencana banjir yang telah banyak kehilangan harta benda. Tidak terkecuali juga, kelengkapan persekolahan kanak-kanak bagi memulakan sesi persekolahan yang baru.

Orang ramai dan warga KPM yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan atas nama ‘Yayasan Sukarelawan Siswa’ melalui akaun berikut:

Maybank
5660 1062 2566

Reference: Banjir

Derma secara Online:
www.billplz.com/banjir2019

Emelkan slip/bukti sumbangan ke finance.yss@gmail.com atau Whatsapp/Telegram ke 013-6521099(Grace)

Sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan kita. Ringankan beban saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik!

Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima

Derma segera!

Leave a Reply