Anuar

PUJI Participant · Program Usaha Jaya Insan

Module
Basic Food Preparation Module
Average Income
RM1,500 - RM2,500
Anuar
“

Bagi golongan B40 seperti kami, peluang mengikuti kursus seperti ini adalah sangat berharga kerana kursus seumpama ini di luar biasanya melibatkan kos yang tinggi dan tidak mudah diakses.

Saya pada mulanya menyertai PUJI sebagai peserta kursus. Namun, selepas beberapa bulan mengikuti kelas tersebut, saya telah jatuh sakit akibat strok. Disebabkan keadaan itu, isteri saya mengambil alih sebagai peserta sehingga ke akhir program kerana kami merasakan sayang untuk melepaskan peluang yang telah kami lalui bersama PUJI.

Bagi kami, kursus yang disediakan oleh PUJI ini sangat berharga dan tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. Ia memberi ilmu yang sangat bermanfaat, terutamanya dalam bidang perniagaan. Sebelum ini, kami hanya mempunyai pengetahuan asas sahaja dalam perniagaan, namun melalui kursus ini, banyak perkara baharu yang kami pelajari, termasuk aspek yang sebelum ini tidak kami ketahui.

Ilmu yang diperoleh ini membantu kami memahami dengan lebih mendalam cara untuk mengembangkan dan memulihkan semula perniagaan yang pernah terjejas. Ia juga membuka ruang untuk kami menambah baik strategi perniagaan dan meningkatkan keyakinan dalam menguruskan perniagaan.

Bagi golongan B40 seperti kami, peluang mengikuti kursus seperti ini adalah sangat berharga kerana kursus seumpama ini di luar biasanya melibatkan kos yang tinggi dan tidak mudah diakses.

Our Impact

More Stories of Change

See how YSS volunteers and programmes are changing lives across Malaysia.

Back to Our Impact