PUJI Participant · Program Usaha Jaya Insan
Sejak menyertai PUJI juga, pendapatan saya semakin meningkat dan kehidupan saya menjadi lebih stabil.
Waktu saya masih bujang, saya pernah mengikuti kelas F dan mempunyai asas dalam pendawaian elektrik. Namun, ketika menyertai PUJI, saya berpeluang mempelajari pelbagai perkara baharu yang bukan dalam bidang asal saya. Banyak ilmu dan kemahiran yang saya peroleh sepanjang program ini, menjadikan saya lebih terbuka untuk meneroka bidang lain.
Sepanjang menyertai PUJI, saya dapat melihat peningkatan yang jelas dari segi kemahiran. Ilmu yang dipelajari ini juga telah membuka peluang pekerjaan kepada saya, termasuk beberapa tawaran kerja yang saya terima.
Sejak menyertai PUJI juga, pendapatan saya semakin meningkat dan kehidupan saya menjadi lebih stabil. Sehubungan itu, saya berharap pihak PUJI dapat membantu saya dalam usaha mendapatkan Lesen Kelas F dalam bidang pembinaan bagi mengembangkan lagi kerjaya saya pada masa hadapan.
See how YSS volunteers and programmes are changing lives across Malaysia.
Back to Our Impact