Tentang YSS

Kisah Teras Kami

Large group of PUJI programme participants celebrating together
Teras Kami

6 Teras Kesukarelawanan YSS

Setiap teras menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG). Aktiviti dan projek dilaksanakan secara bersama dengan komuniti setempat di kawasan sasaran, pihak berkuasa tempatan dan rakan strategik kami, di dalam dan di luar negara.

Teras 1

Perpaduan & Pemerkasaan Komuniti

Perpaduan & Pemerkasaan Komuniti

Teras ini memberi tumpuan kepada segala usaha meningkatkan taraf hidup komuniti, bukan sahaja melalui kerja-kerja menaik taraf infrastruktur komuniti, malah turut meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat dari segi emosi dan ekonomi.

Menyokong UN SDG 1 · 5 · 10 · 11

Teras 2

Penambahbaikan Pendidikan & Pembangunan Kapasiti

Penambahbaikan Pendidikan & Pembangunan Kapasiti

Teras ini menekankan program pendidikan untuk murid sekolah dan pelajar universiti. Ia turut merangkumi program pembangunan kapasiti yang memberi tumpuan kepada melatih golongan muda agar dilengkapi kemahiran yang relevan serta peka terhadap perkembangan semasa di seluruh dunia.

Menyokong UN SDG 4 · 8 · 16

Teras 3

Ketahanan Iklim & Kelestarian Alam Sekitar

Ketahanan Terhadap Impak Perubahan Iklim & Kelestarian Alam Sekitar

Teras ini memberi tumpuan kepada pendidikan iklim termasuk program kesedaran dan pembangunan kapasiti bagi ketahanan iklim, serta usaha ke arah kelestarian alam sekitar melalui tindakan di peringkat setempat.

Menyokong UN SDG 7 · 12 · 13 · 14 · 15

Teras 4

Kesihatan & Kesejahteraan

Kesihatan dan Kesejahteraan

Teras ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan dan mengekalkan kesihatan serta kesejahteraan komuniti. Ia menjalin hubungan dengan NGO dan Jabatan Kesihatan bagi melaksanakan program kesedaran penyakit, termasuk program yang menggalakkan gaya hidup sihat.

Menyokong UN SDG 2 · 3 · 6

Teras 5

Transformasi Digital

Transformasi Digital

Teras ini memberi tumpuan kepada mendidik komuniti dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (S.T.E.A.M), serta merangkumi projek yang bertujuan mendigitalkan amalan tradisional dan membangunkan komuniti yang celik teknologi serta bersedia menghadapi masa depan.

Menyokong UN SDG 8 · 9 · 11

Teras 6

Mobilisasi Impak Sosial

Mobilisasi Impak Sosial

Teras mobilisasi impak sosial YSS menggalakkan komuniti berdikari dengan memperkasa masyarakat setempat melalui aktiviti keusahawanan. Ini termasuk penjenamaan semula atau menaik taraf perniagaan tempatan untuk menjana pendapatan yang lebih baik, serta pembangunan kapasiti dalam kalangan komuniti demi kelestarian.

Menyokong UN SDG 8 · 9 · 10 · 16