Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ialah entiti milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Sejak dilancarkan pada tahun 2012, YSS pada asalnya berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sebelum dipindahkan ke bawah bidang kuasa kementerian semasa pada 3 Disember 2022.
YSS berhasrat memupuk integrasi dan perpaduan nasional melalui kesukarelawanan. Sejak penubuhannya, YSS telah berjaya melaksanakan 93 misi sukarelawan berimpak tinggi di Sabah, Sarawak dan Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Laos dan Vietnam.
YSS bekerjasama dengan rakan strategik untuk menyokong isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan komuniti terpinggir yang lain.
Sehingga Disember 2025, YSS telah melatih 2,438 sukarelawan siswa dalam suasana imersif, di mana mereka ‘makan, tinggal dan bernafas’ bersama komuniti setempat. Pendekatan berasaskan pengalaman ini membolehkan sukarelawan mendalami kehidupan masyarakat yang dibantu dan belajar melalui penglibatan secara langsung.
Selepas menamatkan misi, alumni YSS terus berpeluang menyertai pelbagai inisiatif di dalam dan di luar YSS bagi mengukuhkan serta membina portfolio selaras dengan aspirasi masing-masing. Mereka terus diperkasa untuk mencetuskan perubahan positif dalam komuniti, sambil membawa semangat perpaduan dan khidmat bakti.
#VolunteerismForUnity
Malaysia sebagai hab global kepimpinan sukarelawan siswa.
Menjadi pusat kecemerlangan kepimpinan sukarelawan siswa dalam kalangan pelajar, institusi pengajian dan komuniti ke arah perpaduan nasional dan kelestarian.
Setiap teras menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG). Aktiviti dan projek dilaksanakan secara bersama dengan komuniti setempat di kawasan sasaran, pihak berkuasa tempatan dan rakan strategik kami, di dalam dan di luar negara.
Teras ini memberi tumpuan kepada segala usaha meningkatkan taraf hidup komuniti, bukan sahaja melalui kerja-kerja menaik taraf infrastruktur komuniti, malah turut meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat dari segi emosi dan ekonomi.




Teras ini menekankan program pendidikan untuk murid sekolah dan pelajar universiti. Ia turut merangkumi program pembangunan kapasiti yang memberi tumpuan kepada melatih golongan muda agar dilengkapi kemahiran yang relevan serta peka terhadap perkembangan semasa di seluruh dunia.



Teras ini memberi tumpuan kepada pendidikan iklim termasuk program kesedaran dan pembangunan kapasiti bagi ketahanan iklim, serta usaha ke arah kelestarian alam sekitar melalui tindakan di peringkat setempat.





Teras ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan dan mengekalkan kesihatan serta kesejahteraan komuniti. Ia menjalin hubungan dengan NGO dan Jabatan Kesihatan bagi melaksanakan program kesedaran penyakit, termasuk program yang menggalakkan gaya hidup sihat.



Teras ini memberi tumpuan kepada mendidik komuniti dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (S.T.E.A.M), serta merangkumi projek yang bertujuan mendigitalkan amalan tradisional dan membangunkan komuniti yang celik teknologi serta bersedia menghadapi masa depan.



Teras mobilisasi impak sosial YSS menggalakkan komuniti berdikari dengan memperkasa masyarakat setempat melalui aktiviti keusahawanan. Ini termasuk penjenamaan semula atau menaik taraf perniagaan tempatan untuk menjana pendapatan yang lebih baik, serta pembangunan kapasiti dalam kalangan komuniti demi kelestarian.




Nilai yang membimbing setiap misi YSS, daripada pemilihan peserta hingga penglibatan alumni selepas program.
Empat matlamat strategik dan enam teras tindakan kami, semuanya demi satu fokus: Kesukarelawanan untuk Perpaduan.
Malaysia sebagai Hab Global Kepimpinan Sukarelawan Siswa
Menjadi Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Sukarelawan Siswa dalam kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Komuniti ke arah Perpaduan Nasional dan Kelestarian
Kesukarelawanan untuk Perpaduan
Kepimpinan Kesukarelawanan untuk Pembinaan Negara