Peserta PUJI · Program Usaha Jaya Insan
Mengenali PUJI menjadi titik kebangkitan dalam hidup saya. Kini, saya mampu menjana pendapatan melebihi RM2,500 sebulan serta mempunyai masa yang lebih fleksibel untuk bersama keluarga.
Dahulu, saya merupakan seorang jurugambar sambilan. Namun, kehidupan saya berubah apabila saya melalui detik sukar pada tahun 2021 akibat serangan jantung, ditambah pula dengan kesan pandemik COVID-19. Sebagai bekas pesakit COVID tahap 5, proses pemulihan saya mengambil masa yang lama dan menjejaskan keupayaan saya untuk bekerja serta menjana pendapatan. Keadaan ini benar-benar menjatuhkan saya dan mengambil masa untuk saya bangkit semula.
Mengenali PUJI menjadi titik kebangkitan dalam hidup saya. Melalui program ini, saya bukan sahaja kembali membina keyakinan diri, malah berpeluang mempelajari bidang videografi dengan lebih mendalam, selain mengembangkan kemahiran dalam fotografi.
Sepanjang tempoh kelas selama dua bulan, kami diberi peluang untuk menjalankan sesi penggambaran secara kendiri. Kami merasai pengalaman sebenar dengan turun ke lapangan seperti ke kedai dan taman, serta menghasilkan bahan promosi menggunakan sumber yang disediakan dalam kelas.
PUJI juga membimbing kami dalam menghasilkan video pengiklanan dan kandungan komersial yang berpotensi menjana pendapatan lebih tinggi. Kemahiran saya dalam mengambil gambar dan video semakin baik, malah proses suntingan juga menjadi lebih pantas. Kini saya mampu menyiapkan satu projek dalam tempoh sekitar dua jam.
Perubahan paling ketara adalah dari segi pendapatan; sebelum ini saya hanya memperoleh sekitar RM300 hingga RM400, namun kini mampu mencecah ribuan ringgit bagi satu projek video. Kini, saya mampu menjana pendapatan melebihi RM2,500 sebulan serta mempunyai masa yang lebih fleksibel untuk bersama keluarga.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada PUJI, JWP dan YSS kerana bukan sahaja memberi peluang, tetapi juga menyediakan ilmu dan kemahiran sebagai “pancing dan umpan” untuk kami terus berdikari dan mencari rezeki sendiri.
JWP dan YSS berganding bahu,
Memastikan peserta bangkit berdiri,
Betulkan niat tahun baru,
Keluar dari kemiskinan kasi jadi,
Hidup penuh ujian rintangan,
Bantuan di hulur melalui PUJI,
Terima kasih kami icapkan,
Atas segala jasa dan bakti.
Lihat bagaimana sukarelawan dan program YSS mengubah kehidupan di seluruh Malaysia.
Kembali ke Impak Kami